Dihalau Ke Saf Belakang, Budak Ini Jawab "Saya Dah Sunat", Sampai Terdiam AJK Surau Dibuatnya.

Bukan menjadi perkara baru di Malaysia perdebatan tentang saf kanak-kanak sering menjadi pertikaian umum. 

Ada yang beranggapan sikap sesetengah AJK masjid yang gemar 'menghalau' kanak-kanak ke saf belakang adalah tidak wajar kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak hilang minat untuk mendekati masjid namun ada juga yang beranggapan tindakan itu wajar kerana kanak-kanak yang bising dan bermain sewaktu solat akan mengganggu jemaah lain. 

Budak kecik takpe, yang dah tahu dengar arahan tak payahlah.. 



Ada juga sesetengah AJK Masjid yang lebih gemar berbahas tentang hukum dan menerangkan kenapa kanak-kanak tidak boleh berada di saf depan. 

Maaf pakcik, saya dah sunat tau so tak boleh halau ya! 



Namun ada juga yang mempertikaikan ia. Apa pun kebanyakan jemaah berpandangan jika sekalipun kanak-kanak itu nakal dan perlu berada di saf belakang, AJK patut gunakan budi bicara yang manis dan lembut dengan nada menasihati dan bukannya marah-marah!

Jom baca pandangan kat bawah neh pulak! 

Oleh : Muhammad Aqbar Shah

BUDAK-BUDAK DUDUK BELAKANG!

"Budak-budak duduk belakang!", itulah ungkapan orang tua yang baru sampai lepas azan tadi di surau. Aku jugak kebetulan ada dekat situ sambil tunggu ruang nak siap bersolat, hanya tengoklah gelagat pakcik sorang ni halau budak2 yang dah stay cantik dekat saf depan. Elok je senyap. Bukan budak kecik mana pun, dah sekolah, ada yang dah menengah..semua dihalau kebelakang. Mungkin penampilan tanpa berbaju melayu dan berseluar slack nampak tak sesuai untuk di saf depan dengan orang dewasa. Aku pulak sekadar baju ala grunge..risau jugak kena halau tadi...

Tak cukup barisan hadapan di luar surau, yang dah duduk di dalam surau pun di halau keluar dengan alasan untuk cantikkan saf supaya orang dewasa masuk dalam. Walhal yang berumur ni ramai nak lepak luar sebab berangin.

Maka, bila budak-budak ni dah berkumpul tuan-tuan, dia jadi satu group yang besar, akhirnya mereka bising dekat belakang. Walhal masa bercampur tadi masing-masing behave. Sudahlah dari asal mereka bersemangat nak bersolat Isyak dan Terawikh, sudahlah di halau, bila bising, kena sound lagi. Apa jadi?

Bertebaran la budak-budak tadi masa solat Terawih main di tepi surau, berkejaran, jadi makin bising. Itu belum dapat mercun lagi tu tuan-tuan. Kemudian diherdik lagi, dengan ungkapan,

"taknak solat, balik rumah!"

Jadinya, punca budak-budak tak minat ke surau ni punca masalah dari siapa tuan-tuan? Dari ego kita. Bulan baik ni, ajak la mereka sama2. Biarkan diorang bercampur, bukan asingkan. Bila dah diasingkan, diarah pulak abang-abang perhatikan adik-adik. Budak2 yang tak jauh umurnya, memang tak makan saman kalau abang tegur. Cuba kalau bercampur tadi bersama, kurang-kurang mereka juga rasa jadi dewasa, dialukan, serta merta meraka akan
behave dan sesuaikan diri dengan keadaan.

Kalau setakat solat bersiku2 tu, kau dulu pun tepuk songkok member masa solat zaman budak2..jangan nak nafilah.

Tepuk dada tanya selera, kadang2 dah berumur pun tak semestinya bijak.

Takdir!

Di Negara Maju Masyarakatnya Celik Bahaya Kosmetik Beracun, Kat Sini Di Anggap Melayu Dengki!

Oleh : Ahmad Farami

Krim gebu pengeluar kosmetik ini beracun, membawa risiko kanser dan kerosakan sistem saraf. Sebelum ini, produk jenama sama ditarik balik akibat paras merkuri yang tinggi.


Jenama seperti ini tetap popular walaupun berulang kali didapati tidak mematuhi peraturan, dan abaikan maslahah pengguna. 

Ini ada kaitan dengan budaya dan kecelikan masyarakat.

Di negara maju, fokus terhadap produk pemutih seperti ini berkisar soal ancaman toksik, kesan stereotaip kecantikan terhadap imej diri dan self-esteem remaja, pencabulan etika pemasaran (exaggerated claims dalam iklan, sembunyikan maklumat kimia berbahaya, diskriminasi rupa dan stereotaip fizikal wanita, eksploitasi wanita, unsur seksisme).

Di sini, yang popular adalah gimik menarik produk pemutih, iklan menghiburkan, penajaan rancangan hiburan, komedi ikon produk yang menghiburkan, kisah kejayaan "rags to riches" dan naratif "ramai yang dengki, sanggup jatuhkan perniagaan bangsa sendiri".

Laporan kajian KKM: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/vida-cosmetics-cream-among-seven-beauty-products-declared-poisonous

7 Produk Kosmestik Dikesan Mengandungi Racun Oleh KKM, Termasuk Produk Datuk Vida.

Orang ramai ​​dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual dan segera mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan. 





Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara produk yang terlibat adalah produk Vida Beauty Sdn Bhd iaitu Qu Gebu AP Krim yang didapati mengandungi hydroquinone dan tretinoin. 


Katanya, produk Ezzueriche Wellness iaitu Night Glowing pula dikesan mengandungi merkuri dan Night Glow (hydroquinone dan tretinoin), produk Babiez Glow Skincare iaitu Glowing Speed Gold Day Cream dan Glowing Speed Gold Night Cream mengandungi merkuri dan begitu juga dengan produk Elsuhaz (M) Sdn Bhd iaitu Nour Ain Night Cream dan produk Ortus Expert Cosmetics iaitu Royal Expert Whitening Cream, kedua-duanya mengandungi merkuri. 

Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk-produk kosmetik tersebut diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. 

"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya. 

Katanya individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. 

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," tambahnya. 

Sumber : Bernama

3 Individu Hilang Secara Misteri - Dah 9 Tahun Abang Saya Hilang Dengan Kawan-Kawannya..

"Nak sangat beraya dengan abang saya pada tahun ini. Kami rindu. Kami rindukan abang kami," itulah luahan sedih Nurfaridatul Fareeza, adik kepada Faizul Ezzam yang hilang tanpa khabar berita sejak 9 tahun yang lepas. 

Faizul Ezzam atau lebih dikenali sebagai Ijam hilang pada tahun 2008, bulan Ogos ketika umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Faizul juga dilaporkan hilang secara misteri bersama dua orang kawannya yang dikenali sebagai Sigat dan Alif. 

Sigat juga dipercayai orang Sarawak berdasarkan kepada respon-respon netizens yang berada di status itu. 



Bagaimanapun maklumat lanjut tentang kehilangan Sigat dan Alif tidak dikongsikan di status berkenaan. 

Menurut Faridatul, sebelum hilang abangnya telah mendapat satu panggilan telefon ketika sedang berbuka puasa beramai-ramai di Desa Rusa. Selepas itu beliau dilaporkan hilang bersama dua temannya yang lain pada 9 tahun lepas. 

Ketika hilang Faizul hanyalah berusia 22 tahun.

Gambar Alif


Gambar Faizul


Menurut Faridatul lagi, polis beranggapan abangnya dipercayai hilang ketika mencari kerja. 

Berdasarkan respon-respon di laman sosial juga, netizens menyarankan Faridatul untuk menggunakan nombor kad pengenalan Faizul bagi membuat semakan di JPJ, balai,  KWSP dan agensi-agensi kerajaan yang lain. 

Ada juga yang mencadangkan agar semakan dibuat terhadap motor milik Faizul bagi menyiasat jumlah saman dan lokasi terakhir serta disaman atas nama siapa bagi mengecilkan skop pencarian. 

Nombor untuk dihubungi; 


Faridatul merayu agar sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kehilangan abangnya boleh menghubungi mereka sekeluarga kerana mereka amat merindui Ijam. - Sozcyili. 

Kim Jong Nam Jumpa Agen Amerika Di Langkawi Sebelum Mati Dibunuh.

Kim Jong Nam yang mati selepas diserang 2 wanita pada 13 Februari lalu dikatakan bertemu seorang agen perisikan Amerika Syarikat beberapa hari sebelum itu, menurut sebuah akhbar Jepun, lapor Free Malaysia Today. 


Kenyataan itu menyebut, Asahi 
Shimbun melaporkan pihak berkuasa Malaysia mengandaikan hubungan agen itu dengan Jong Nam, yang merupakan abang tiri diktator Korea Utara Kim Jong Un, adalah antara punca beliau dibunuh. 

Akhbar itu berkata pertemuan Jong Nam dengan agen itu, seorang lelaki warganegara AS yang berpangkalan di Bangkok, dirakamkan kamera litar tutup (CCTV) di sebuah hotel di Langkawi pada 9 Februari. 

Mereka dilihat memasuki bilik hotel dan keluar 2 jam kemudian. Penyiasat percaya Jong Nam memindahkan sejumlah besar maklumat kepada agen itu daripada komputer ribanya. 

Portal itu turut menyebut, Asahi Shimbun turut melaporkan pergerakan agen itu dipantau rapi oleh pihak berkuasa Malaysia setiap kali beliau mendarat di Malaysia, kerana disyaki ada kaitan dengan perisikan AS. 

Dari Langkawi, Jong Nam pulang ke Kuala Lumpur pada 12 Februari, dan sehari kemudian diserang sebelum menaiki penerbangan ke Macau. 

Lelaki warga AS itu juga meninggalkan Malaysia pada hari sama, menurut akhbar itu. 

Sebelum ini, kematian Jong Nam mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, disebabkan keengganan Pyongyang membantu penyiasatan. 

Krisis tersebut berlanjutan apabila kedua-dua negara menahan duta negara yang bertentangan. 

Pyongyang juga dilaporkan enggan menerima identiti Jong Nam, sebaliknya berkata beliau merupakan warganegara biasa Korea Utara. 

Malaysia dan Korea Utara akhirnya bersetuju melakukan rundingan dengan Malaysia nemulangkan mayat Jong Nam manakala staf kedutaan Malaysia di Pyongyang dibenarkan pulang.