t>

Breaking News

Songlap Wang YAPEIM - Wanita UMNO Kantoi Lagi.


National Oversight and Whistleblowers (NOW) menuntut penjelasan daripada kerajaan mengenai dakwaan wang daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) telah digunakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Mei lalu. 

Pengarahnya, Akmal Nasir mendakwa, seorang pemimpin Wanita UMNO Kelantan yang mempunyai kaitan dengan agensi itu merupakan individu yang menggunakan wang berjumlah RM223,000 daripada Yapeim untuk menganjurkan program semasa kempen pilihan raya itu. 

“Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusyikilan besar, kesemua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada Datuk Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk wang tunai. 

“Semua serahan wng tunai kepada beliau dibuat ketika waktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sedang berlangsung,” katanya dalam kenyataan. Akmal menambah, pemimpin wanita yang turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes berasingan pada bulan lalu juga harus mengakui salah laku yang dibuatnya dan mengembalikan semula wang berkenaan atau berdepan dengan pendedahan lain. 

“Jika beliau tidak mengakui (kesalahan yang dibuat olehnya), kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya. 

Sebelum itu dalam sidang medianya, di Sungai Besi, Akmal meminta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberikan jawapan kerana agensi berkenaan berada di bawah tangungjawab Jabatan Perdana Menteri.