t>

Breaking News

UNESCO Tidak Beri Rosmah Anugerah, BERNAMA Tersalah Lapor - Rosmah Dimalukan Kaw-Kaw Oleh Antiquities Coalition.


Tiada anugerah dari UNESCO untuk Rosmah. Itu butiran emel yang diterima oleh pihak media Malaysia berhubung satu maklum balas tentang anugerah 'Lead By Example' yang kononnya bakal diterima Rosmah pada khamis ini. 

Dalam e-mel kepada media, jurucakap Antiquities Coalition, Andy Beck berkata: "Bercanggah dengan laporan yang silap itu, acara itu bukan acara UNESCO, dan juga UNESCO tidak memberi anugerah itu." 

Rosmah Mansor, dalam laporan Bernama menyatakan akan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program PERMATA daripada Unesco. Pun begitu ianya sebenarnya telah tersalah lapor oleh agensi itu. Pihak yang mengeluarkan anugerah tersebut ialah Antiquities Coalition dan ianya tidak berkaitan sama sekali dengan UNESCO. 

Walaubagaimana pun, Antiquities Coalition telah mengeluarkan nama Rosmah Mansur daripada senarai penerima anugerah sejurus kontroversi laporan berkenaan.

Sebelum ini Bernama melaporkan mengenai penerimaan anugerah itu oleh Rosmah pada Sabtu lalu telah membuat kesilapan kononnya anugerah itu diberikan oleh UNESCO. PERMATA adalah cetusan ilham isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga berperanan sebagai penaungnya.

Agensi berita nasional itu turut melaporkan, Rosmah dijadual akan menerima anugerah itu di Metropolitan Museum of Art bersempena berlangsungnya persidangan PBB. Sejurus dengan pembatalan penganugerahan tersebut, Rosmah kini menjadi bahan sindiran di laman sosial. Tindakan tatatertib ke atas wartawan Bernama yang tersalah lapor juga belum dapat diketahui setakat ini. - Sozcyili.