t>

Breaking News

Bayarlah Bil Air, Nanti Solat Tak Dapat Pahala - Pemuda PAS Kelantan.





Dewan Pemuda Pas Kelantan, menasihat kepada semua pengguna yang dibekalkan air oleh syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) agar melunaskan tunggakan bil air masing-masing kerana dibimbangi solat menggunakan air berkenaan tidak mendapat pahala.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alwi, solat menggunakan air yang tidak dibayar atas perkhidmatan yang disediakan umpama solat memakai pakaian yang dicuri.

“Nasihat kepada pengguna AKSB yang menggunakan air AKSB tetapi tidak membayar bil supaya menjelaskan bil kerana solat yang kita lakukan menggunakan wuduk dari air yang tidak dibayar bil, solat itu diterima, tidak diberi ganjaran oleh Allah. Rugilah kita, solat terima, tetapi tidak dapat ganjaran, macam kita solat pakai kain curi,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum menyokong AKSB di ibu pejabat syarikat itu di sini hari ini.



Nor Azariza turut menjelaskan, masalah bekalan air bersih di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh 10 tahun sebagaimana yang dijamin kerajaan negeri sebelum ini.

Beberapa daerah di Kelantan menghadapi masalah tekanan air rendah serta terputus bekalan sejak sekian lama.

Baru-baru ini, Kerajaan  Persekutuan telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri untuk melakukan penstrukturan semula dan migrasi bekalan air di Kelantan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri itu. - Awani