t>

Breaking News

Isu Halal Auntie Anne's - MAZA Pesan Tunggu Penjelasan JAKIM, Ada Faktor Lain.


Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai MAZA telah menulis di Facebooknya agar umat Islam bertenang dengan memberikan ruang kepada pihak JAKIM untuk tampil memberikan penjelasan tentang pemprosesan pemberian sijil halal kepada rangkaian restoran makanan berasaskan Pretzel terkenal yang berasal dari Amerika, iaitu Auntie Anne's. 

Baru-baru ini viral kononnya penarafan sijil halal yang dimiliki oleh rangkaian Auntie Anne's telah ditarik-balik. Perkara itu menjadi polemik di media sosial sehingga memaksa Auntie Anne's tampil menjelaskan keadaan sebenar. Salah satu alasan yang dinyatakan menyebut nama menu adalah antara punca kenapa JAKIM masih belum meluluskan pensijilan halal ke atas rangkaian restoran Auntie Anne's dan perkara itu akhirnya menjadi ejekan netizens kerana membayangkan umat Islam Malaysia mudah keliru, sensitif dan buta English. 

MAZA dalam statusnya menyebut sebenarnya ada faktor lain yang menyebabkan Auntie Anne's belum berhasil perolehi sijil halal. Oleh itu MAZA menyeru agar semua pihak menunggu penjelasan JAKIM bagi memahami pokok pangkal keadaan sebenar. 

Sebelum ini sememangnya Auntie Anne's menerusi Farhatul Kamilah yang bekerja sebagai QA dan HALAL Executive telah tampil menjelaskan beberapa alasan penting berhubung permohonan sijil halal JAKIM. Apakah alasan itu nantinya sama dengan penjelasan JAKIM kelak. Sama-sama tunggu.