t>

Breaking News

U-TURN - Tiba-Tiba Menteri Nafi Mahu Hapuskan Subsidi Minyak Masak.


Episode pertama disini.

Kerajaan menafikan akan memansuhkan subsidi untuk minyak masak bermula bulan depan seperti yang didakwa beberapa media, baru-baru ini. 

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata tiada sebarang keputusan untuk memansuhkan subsidi minyak masak dan ketika ini, harganya masih kekal seperti biasa. 

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berusaha memastikan subsidi minyak masak tidak disalah guna oleh pihak tertentu. "Subsidi dan harga minyak masak kekal seperti biasa, sebaliknya KPDNKK mahu pastikan subsidi yang diberikan kepada pengguna itu tidak disalah guna untuk tujuan eksport. Itu yang mahu dan sedang dikawal. 

"Ketika ini, penggunaan minyak masak adalah sekitar 45,000 metrik tan sebulan, manakala kerajaan keluarkan subsidi hampir 85,000 metrik tan sebulan. "Kerana itu, kerajaan mahu pastikan tiada ketirisan berlaku," katanya ketika ditemui di Parlimen, di sini, hari ini. 

Semalam, akhbar Oriental Daily melaporkan harga beberapa kategori minyak masak akan naik bermula bulan depan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

Sumber : Berita Harian.