t>

Breaking News

UMNO Kantoi Kempen Anti #BERSIH Guna Gambar Edit - Memalukan!

Bukan susah sangat nak cari anak muda untuk berkempen bagi menolak perhimpunan BERSIH 5. Tak faham kenapa mereka perlu mengambil gambar orang tanpa izin dan mengeditnya bagi memberikan bayangan bahawanya individu2 dalam gambar tersebut menolak BERSIH 5.


Ini adalah gambar yang disebarkan oleh Datuk Zein Isma Ismail. Zein Isma Ismail ialah Ketua Penerangan UMNO Selangor (rujuk).

Apa yang berlaku ialah gambar yang disebarkan oleh Zein Isma ialah gambar yang telah dimanipulasikan dari tujuan asal. Gambar2 tersebut sebenarnya ialah ;

 
Merujuk kepada satu kempen yang bertujuan 'Save Ulu Papar'.

Kerajaan telah meluluskan satu projek Empangan Kaidun di Ulu Papar. 2,000 orang asal KadazanDusun akan kehilangan tempat tinggal, kehidupan dan warisan mereka jika projek berkenaan diteruskan.

Oleh itu penduduk-penduduk kampung berkenaan telah bersatu ahti untuk menubuhkan TAKAD (Badan Bertindak Bantah Empangan Kaidun) bagi menghalang pelaksanaan projek berkenaan. Gambar2 yang individu memegang playcard 'Save Ulu Papar' adalah merujuk kepada bantahan projek Empangan Kaidun.

Dengan mengedit gambar asal, poster baru versi anti BERSIH disebarkan di media sosial bagi menerapkan persepsi individu2 di dalam gambar tersebut menolak perhimpunan #BERSIH 5.

Ketika ini di laman Facebook, Zein Ismail dikecam pengguna media sosial kerana menyebarkan gambar edit dan beberapa individu di dalam gambar tampil mengkritik tindakan Zein yang memanipulasikan gambar mereka. -Sozcyili.