t>

Breaking News

Kami Balik Terus - 80 Ahli Gerakan Merah Pulang Ke Ipoh Selepas Tiada Arahan Susulan.

Memetik sumber Berita Harian, kira-kira 80 peserta Gerakan Baju Merah dari Ipoh yang berkumpul sejak 5.30 pagi di Padang Merbok, di sini mulai bersurai menaiki bas.

Mereka dikatakan berputus asa selepas menunggu lebih enam jam tanpa berita atau arahan selanjutnya. Seorang peserta yang mahu dikenali sebagai Julia, 30 mendakwa mereka akan terus pulang kerana tiada perkembangan diterima.

"Dah tiada apa untuk ditunggu. Lepas makan, kami akan terus pulang ke Ipoh," katanya.