t>

Breaking News

Kenali Wira Thu - Sami Yang Mempromosikan Kebencian Terhadap Muslim Sehingga Tertindasnya Rohingya.

Ashin Wirathu ialah sami budhha yang cukup terkenal di Myammar. Dia ialah ketua ataupun pemimpin spiritual kepada gerakan anti-muslim di Myammar.

Wira Thu mendapat pendidikan berdasarkan aliran Theravada. Aliran Theravada adalah yang paling berpengaruh di Myammar yang mana populasi Buddhist sebanyak 89% daripada keseluruhan penganut agama Budhha.

Aliran ini disifatkan sebagai konservatif dan monastik.  Dan kenapa agama Buddha menjadi begitu pekat dengan darah orang Myammar? Ini kerana ketika ditindas oleh kerajaan tentera (junta Myammar), pada zaman gelap Myammar, mereka menjadikan agama Buddha sebagai pelepas kesengsaraan, sentiasa mendidik diri untuk terus bersabar dengan penindasan tersebut dengan menggunakan ajaran-ajaran Buddha sebagai pedoman. Oleh kerana itu, agama Buddha begitu dekat di hati masyarakat Myammar. 

Selain dikenali dengan nama Ashin Wirathu, sami ini juga mempunyai nama lain.

Iaitu Wing Khaing Oo dan Virasu (nama dalam Dharma).


Dan ini adalah info tentang sami paling kontroversi di dunia kerana mempromosikan kebencian dalam pengajaran (ceramah) agamanya.

1. Wirathu dilahirkan pada 10 Julai 1968.

2. Wirathu meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun untuk menjadi sami.

3. Pada tahun 2001, Wirathu terlibat dalam pergerakan 969.

4. Gerakan 969 inilah satu pertubuhan bersifat bangsa/agama yang mempromosikan kebencian terhadap umat Islam di Myammar. Dan Wirathu ialah ketua kepada pergerakan tersebut.

5. 969 dipilih sebagai nama pertubuhan kerana ia mempunyai simbolik tertentu dalam aliran Buddha.

6. 9 yang pertama merujuk kepada sembilan sifat-sifat khas tuhan Budhha, 6 merujuk kepada enam sifat khas Dharma manakala 9 yang terakhir merujuk kepada sifat-sifat khas Budhha Sangha.

7. Kenapa 969 mensasarkan kelompok muslim? Jawapannya ialah kerana mahu mengekang pengaruh Islam di Myammar. Bagi Wirathu, Islam ialah "anasir-anasir" yang akan menyebabkan agama Buddha terancam di Myammar.

8. Terdapat beberapa ucapan kontroversi yang diucapkan oleh Wirathu bagi mempengaruhi pengikutnya melakukan keganasan, kekejaman dan kejahatan terhadap penganut muslim di Myammar.

9. Rakyat Malaysia rata-ratanya mengetahui ethik Rohingya di Rakhie yang berfahaman muslim adalah mangsa keganasan oleh kumpulan sami tersebut, namun sebenarnya tidak hanya di Rakhie perkara ini berlaku.

10. Beberapa siri keganasan turut direkodkan berlaku di Mandalay. Mandalay ialah bandar kedua terbesar di Myammar. Pada Julai 2014, satu spekulasi disebarkan oleh Wirathu bahawanya seorang pemuda muslim telah merogol seorang wanita buddhist menerusi Facebooknya. Dan perkara ini akhirnya telah menimbulkan kekacauan di Mandalay apabila penganut-penganut Buddha yang terprovokasi dengan sebaran Wirathu melakukan keganasan terhadap penganut-penganut Islam di Mandalay. Kesan dari sebaran berkenaan 2 orang maut, seorang penganut muslim dan seorang lagi penganut Buddha. 

11. Wirathu menegaskan bahawanya dia tidak menyebarkan sebarang berita palsu. Perkara tentangnya disebarkan selepas pemuda yang merogol itu telah ditahan namun menurut laporan WSJ, perkara itu sebenarnya adalah berita palsu. (rujukan).

12. Apa yang terjadi ialah, selepas Wirathu menyebarkan link blog berkenaan (blog berkenaan telah menarik semula berita tersebut dan memohon maaf), penganut-penganut Budhha telah berkumpul di hadapan kedai kopi, pemilik yang dikatakan merogol seorang wanita penganut Buddha. Mereka kemudiannya melakukan kekacauan dengan melemparkan batu dan seterusnya riot atas nama mempertahankan hak dan maruah penganut Buddha.

13. Selain dari 2 kematian, 12 orang turut cedera dalam pertempuran tersebut dan akhirnya Mandalay dikenakan perintah berkurung bagi mencegah riot susulan.

14. Pada tahun 2003, Wirathu dikenakan hukuman penjara selama 25 disebabkan ucapannya (dikatakan berbaur hasutan terhadap junta Myammar pada ketika itu).

15. Namun dia akhirnya dibebaskan pada 2012. Bersama-sama tahanan politik yang lainnya.

16. Pada September 2012, Wirathu mengetuai satu demo bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein, bahawanya penganut muslim di Rakhie (muslim Rohingya) patut dihantar (dibuang) ke negara kelas ketiga.

17. Sebulan selepas itu, keganasan terjadi di daerah Rakhie.

18. Wirathu kemudiannya mengeluarkan kenyataan, keganasan di Rakhie adalah berpunca dari apa yang berlaku di daerah Meiktila. Tiada kaitan dengan pertubuhannya.

19. Pada 20 Jun 2013, Wirathu direkodkan berkata, "anda boleh menjadi seseorang yang penuh dengan kebaikan dan kasih sayang namun anda tidak boleh tidur disebelah anjing gila". Anjing gila ini adalah merujuk kepada penganut muslim di Myammar. "Jika kita lemah, tanah ini akan menjadi milik muslim". Katanya lagi.

20. Namun bukan semua sami-sami di Myammar menyokong dan cenderung kepada kebencian yang diserapkan oleh Wirathu terhadap penganut muslim secara khususnya. Namun pergerakan mereka tidaklah sekuat dan sekukuh seperti 969. Yang mana rata-ratanya percaya ianya didalangi (disokong secara sembunyi) oleh kerajaan Myammar sendiri. Memandangkan beberapa siri keganasan yang melibatkan penganut Buddha dalam movement 969 itu sendiri tidak diambil sebarang tindakan, bahkan ucapan berbaur hasutan serta kebencian terhadap penganut muslim yang seringkali diucapkan oleh Wirathu juga tidak dipedulikan kerajaan.

21. Meskipun dikecam dunia, Wirathu menegaskan berkali-kali dia mempromosikan keamanan dan menyokong kebaikan. Tidak bersekongkol dengan keganasan malahan adalah seseorang yang menyukai kedamaian.

Betul ke?

Video-video di bawah ini adalah untuk tontonan anda semua. Nilaikan kebenarannya selepas anda menonton salah satu ceramah Wirathu kepada para pengikut setianya di Myammar.