t>

Breaking News

Protes Desak Presiden Park Geun Hye Letak Jawatan - Ini 10 Perkara Tentang Demo South Korean Yang Anda Patut Tahu.

Baru-baru ini ribuan rakyat Korea Selatan telah turun ke jalanan mengadakan tunjuk perasan bagi mendesak Presiden negara itu, Park Geun Hye meletakkan jawatan atas amalan nepotisme.



1. Perkara ini bermula apabila orang kepercayaan & penasihat Park Geun Hye, Choi Soon Sil didakwa telah terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan (presiden) meskipun dia bukanlah kakitangan kerajaan. Dia didakwa terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan termasuklah pengurusan kewangan negara, pentadbiran dan hal ehwal semasa dengan merangka dan meminda ucapan presiden. Ini menyebabkan rakyat mempersoalkan siapa presiden sebenar? Adakah Park Geun Hye ataupun Choi Soon Sil?



2. Choi Soon Sil juga didakwa telah menggunakan hubungan rapatnya dengan Park Geun Hye untuk mengumpul kekayaan dan menerima sumbangan sehingga 70 juta banyaknya hasil dari dana haram (slush fund), korupsi dan salahguna kepentingan awam.

3. Choi juga didakwa telah menggunakan hubungan eratnya dengan Park bagi membolehkan anak perempuannya masuk ke universiti berprestij Korea Selatan, Ewha Universiti (universiti ini hanya untuk pelajar wanita sahaja).


4. Presiden Korea Park Geun Hye dalam satu kenyataan telah menafikan bahawanya dia dikawal oleh Choi Soon Sil dalam menentukan urusan kerajaan. Dia juga telah mengeluarkan dua kenyataan maaf susulan dari pendedahan tersebut. Ia disiarkan menerusi saluran tv tempatan.

5. Dilaporkan pendakwaraya telah mengeluarkan waran tangkap bagi menyiasat Choi Soon Sil atas amalan pecah amanah dan penipuan membabitkan pengumpulan dana haram atas tujuan politik dan kekayaan.

6. Dua orang bekas kakitangan Presiden Park Geun Hye turut disiasat kerana mengedarkan dokumen sulit kepada Choi Soon Sil, salah guna kuasa dan menyebarkan maklumat sulit.

7. Park bagaimanapun menafikan terlibat dalam segala bentuk pertuduhan yang dikaitkan dengan Choi Soon Sil dan bersedia untuk disiasat secara telus oleh pihak berkuasa. 

8. Selepas skandal Choi Soon Sil terbongkar, Park Geun Hye telah memecat 8 pegawainya, melantik 3 ahli kabinet yang baru termasuklah Perdana Menteri (memecat Perdana Menteri yang lama) namun langkah ini dianggap oleh rakyat sebagai cubaan 'taktik alih isu'.

9. Pada sabtu lepas, 5 November 2016, ribuan rakyat Korea Selatan telah turun ke jalanan termasuklah mahasiswa dan anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap Park Geun Hye. Park didesak meletak jawatan kerana skandal yang terpalit ke atas Choi. Rakyat tidak percaya Park tidak terlibat dalam tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa yang didakwa dilakukan oleh Choi.




10. 16 laluan lebuhraya dibanjiri oleh ribuan rakyat Korea yang menyatakan protes. Polis menganggarkan kehadiran adalah diantara 40,000 - 50,000 namun penganjur mengatakan 100,000 orang telah turun ke jalanan bagi menyatakan bantahan besar-besaran itu. Jika Park meletak jawatan Presiden, pilihanraya akan diadakan kerana Park berada di penggal akhirnya sebagai Presiden.


Siapakah Choi & Choi?

Choi Tae Min dan Park Geun Hye telah lama dilaporkan mempunyai hubungan yang kontroversi dalam sejarah politik Korea Selatan.

Choi Tae Min ialah bapa kepada Choi Soon Sil. Selepas kematian ibu, Choi Soon Sil mempunyai hubungan yang rapat dengan Park Geun Hye. Ibu Choi Soon Sil telah dibunuh oleh pembunuh upahan Korea Utara pada tahun 1974 ketika bapa kepada Park Geun Hye iaitu Park Chung Hee ialah Presiden Korea Selatan pada ketika itu. Park Chung Hee juga dikenali sebagai Presiden Korea yang mengamalkan sistem pentadbiran diktator.

Choi Tae Min dilaporkan mempunyai kepercayaan Cheondism iaitu sejenis kepercayaan yang mempunyai kaitan dengan amalan bomoh dan kerasukan. Pada tahun 1970an Choi telah membuka Eternal Life Church yang mencampur-adukkan fahaman dan kecenderungan Choi terhadap kepercayaan Cheodism, Buddhism dan Kristianiti. 

Pada tahun 2007, tersebar dakwaan bahawanya Choi Tae Min mempunyai kawalan ke atas tubuh dan minda Park. Dan kesannya, anak-anaknya berhasil mengumpul kekayaan atas kejayaan mengawal Park. Ia diterbitkan oleh Wikileaks, yang melaporkan pendedahan pegawai diplomatik US.

Park Chung Hee juga mati dibunuh oleh Ketua Pengarah agensi perisikan Korea Selatan (pada ketika itu, selepas pembunuhan). Pembunuhnya turut menyatakan salah satu sebabnya berpunca dari hubungan Choi Tae Min dengan Park Geun Hye.

Choi Tae Min kemudiannya mati pada tahun 1994 ketika berusia 82 tahun. Choi Tae Min diangkat sebagai ketua gereja dan spiritual mentor kepada Park oleh Choi bagi membolehkannya mempengaruhi pemikiran Park.