t>

Breaking News

"Sejak-Sejak Gugur Ni Makin Mental Pula Siti", Kata Penyokong Jamal - Siti Jawab, Takpe Abaikan, Mereka Cakap Tak Guna Otak.

Semakin keras kritikan yang diterima oleh Siti Nurhaliza oleh para penyokong Jamal Yunos. Kritikan (kutukan) yang dilemparkan ke atas Siti sehingga memasuki ke tahap menjaja kisah perkahwinannya. 

Mereka menyebarkan Siti Nurhaliza berkahwin hasil perjudian Datuk K dengan 3 kenalannya yang lain yang mana Siti telah tertipu dengan permainan Datuk K.

Jika sebelum ini Siti dihina kerana tidak mampu melahirkan zuriat, kali ini Siti juga dihina kerana keguguran.

Sebelum ini, portal hiburan melaporkan Siti keguguran di saat awal kehamilan selepas mencuba beberapa tahun untuk mengandung. Siti berkongsikan berita sedih itu di laman Instagram dan mendapat simpati peminat-peminatnya.


Menurut pengkritik Siti Nurhaliza, Siti tidak patut memberikan komen berkaitan perkara politik sebaliknya harus focus untuk berhibur. Itulah kerjaya seorang artis selayaknya.

Namun pihak kami tidak bersetuju dengan pandangan penyokong Jamal. Samada seorang artis ataupun rakyat yang bukan artis, mereka masih rakyat Malaysia dan berhak menyatakan pendapat dan pendirian dalam satu-satu isu secara bebas dan demokrasi tanpa sekatan dan halangan pihak tertentu. 

Siti mempunyai hak demokrasi untuk menyatakan pandangannya dan jika pandangannya salah, ia haruslah dibidas dengan hujah lawan hujah bukan dengan menyerang peribadi Siti mahupun menfitnah dan mencaci maki dirinya.

Apatah lagi pandangan Siti tentang Jamal bukan sahaja tidak salah bahkan terbukti tepat, padu lagi bernas.

Bagaimanapun, Siti tidak cepat melatah dengan kritikan yang diterimanya. Ujar Siti, pengkritik-pengkritiknya bercakap tidak menggunakan otak dan sesungguhnya Siti adalah benar!

Kepada Siti, bersabar dan bertabahlah dan kami disini akan sentiasa mempertahankan Siti dari serangan oleh pihak-pihak yang tidak bertamadun itu. - Sozcyili.