t>

Breaking News

Tiada Lagi Akta Pencatutan, Lebih Banyak Barangan & Perkhidmatan Dijangka Naik Harga Pada 2017.

Di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi yang Tidak Munasabah) (Margin Keuntungan Bersih) 2014, tidak membenarkan peniaga meningkatkan margin keuntungan bersih mereka untuk apa-apa barangan atau perkhidmatan selama tempoh 18 bulan iaitu dari 2 Jan, 2015 sehingga 30 Jun, 2016.

 
Mekanisme ini telah pun mencapai tamat tempohnya 31 Dis, 2016.


Berikutan tamat tempoh hadnya, peniaga selepas ini akan dibenarkan untuk meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan mereka. Penganalisis menjangkakan pengguna akan berdepan dengan risiko kenaikan harga barang kawalan namun tidak terlalu mendadak.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebelum ini membayangkan untuk meneruskan akta anti-pencatutan bagi tahun berikutnya namun dengan sedikit penambahbaik ke atas mekanisme sedia ada. Pun begitu, hasil kajian mendapati peniaga lebih mengemari jika akta berkenaan dihapuskan terus.

Untuk rekod, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 mempunyai peraturan yang menetapkan peruncit dan peniaga tidak boleh meningkatkan margin keuntungan bersih mereka pada barangan dan perkhidmatan jualan mereka di antara Januari 2015 hingga Jun 2016 sebagai tindak balas kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

Pun begitu, akta ini dilanjutkan selama enam bulan yang mana akan berakhir pada 31 Disember 2016. - Sozcyili.

Dialihbahasa dari laporan The Star untuk edaran Sozcyili.