Rata-rata kaum keluarga dan sahabat handai yang ada di situ turut tidak mampu menahan air mata daripada mengalir apabila melihatkan keadaan tersebut.

“Tuhan makbulkan hasrat arwah untuk menjadi isteri saya sehingga akhir hayatnya,” luah Muhammad Hisyamuddin ketika ditemui selepas majlis pengebumian isterinya itu di sini hari ini.

Menceritakan semula kejadian Muhammad Hisyamuddin memberitahu, kira-kira 20 minit sebelum kemalangan berlaku, arwah isterinya tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menjadikan dia sebagai isteri.

Tambah penuntut tahun akhir ijazah sarjana di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) itu, Nur Fazlina turut meluahkan harapan ingin menjadi isterinya sehingga akhir hayat.

“Ketika mendengar kata-katanya itu, hati saya berdetik me­ngapa dia berkata sebegitu sehinggalah kejadian tersebut.
“Meskipun merasa sangat sedih, namun saya redha dengan ketentuan Allah yang menetapkan jodoh kami hanya untuk empat hari,” ujarnya sebak. - Sozcyili