t>

Breaking News

Geng Panjat Mercu Tanda Ipoh Akhirnya Serah Diri.

Sebelum neh viral di page kisah Norfarihan Baharudin memanjat mercu tanda “IPOH”. Gadis tersebut merupakan graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Kolej Islam Antarabangsa. 3 bulan lalu dia baru berusia 23 tahun. Dia berasal dari Kedah dan kini menetap di Ipoh, Perak sambil berniaga online.



Ini bukan pertama kali dia memanjat. Memanjat itu sudah jadi hobinya dan dia begitu meminati aktiviti lasak. Antara yang pernah dia lakukan ialah mendaki bukit dan gunung, meneroka lautan dengan scuba diving dan free diving (tanpa tangki gas OK!), mengembara ke pedalaman, dan lain-lain lagi.

Turut dilaporkan dalam mesej viral itu ialah, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberi kebenaran untuk Farihan memanjat mercu tanda Ipoh. Turut serta bersama Farihan memanjat IPOH ialah adik bongsu dia, Farina dan kawan-kawan; Faiz, Azlina, Zaki and Lamey. Akhirnya, tiba ke destinasi yang dirancangkan setelah memanjat dari awal pagi selepas Subuh selama 30 minit.

“Secara jujurnya kitaorang (kami) gamble je. No safety gear. Sangatlah bahaya. Tapi saya ambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati untuk tidak jatuh dan tergelincir. Angin pun kuat. So, jangan nak seronok sangat. Beringat-ingat juga", katanya lagi.(sumber)

Kumpulan pendaki tersebut akhirnya dikecam netizens kerana melakukan aksi berani mati tanpa mementingkan keselamatan diri dan orang sekeliling. Bahkan ada yang mengecam perbuatan tersebut sebagai satu dorongan untuk orang lain meniru perbuatan yang serupa.

MBI kemudiannya membuat laporan polis bagi menafikan laporan awal bahawanya aksi memanjat tanpa alat keselamatan itu adalah dibawah arahan dan persetujuan daripada pihak MBI itu sendiri.

Polis kemudiannya menyiasat kes tersebut di bawah akta vandalisme 1991, di mana jika didapati bersalah pesalah boleh didenda sehingga 2,000 ringgit dan dipenjarakan tidak melebihi setahun.

Portal Harian Metro melaporkan, hari ini kumpulan remaja yang dikecam itu telah menyerahkan diri kepada pihak polis bagi memberikan keterangan berhubung perbuatan mereka yang memanjat mercu tanda Ipoh dan berkongsikan gambar-gambar serta video di laman sosial.

Aksi berbahaya itu dikecam netizens kerana kumpulan remaja tersebut tidak mengamalkan safety gear yang sepatutnya bagi seorang pendaki yang bertanggungjawab malahan kecederungan mendatangkan bahaya kepada orang lain juga andaikata mercu tanda itu jatuh menimpa pengguna jalanraya.

Terdapat juga komen yang bercirikan facist jantina yang mana mengkritik tindakan remaja tersebut tidak bertamadun kerana memakai tudung ketika mendaki dan ianya tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang perempuan. Penulis tidak menyokong kritikan yang sebegini kerana focus utama seharusnya ialah tentang safety gear bukan kerana mereka perempuan ataupun bertudung.

Sungguhpun sebahagian besar memilih untuk mengecam kumpulan pendaki tersebut masih terhadap dikalangan netizens yang memuji keberanian remaja-remaja berkenaan dan memberikan kata-kata sokongan dan semangat.

Bahkan ada yang mencadangkan agar pasukan keselamatan seperti PDRM ataupun BOMBA dan CAWANGAN KHAS melatih remaja-remaja tersebut bagi mempositifkan keberanian mereka untuk kerja-kerja yang lebih mencabar dan sepatutnya. - Sozcyili.