Kerajaan Sasar Kutip 42b Cukai GST - Kutip Banyak2 Pun Tak Guna Kalau Kerajaan Potong Peruntukan..

Kerajaan menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini sebanyak RM42 bilion, naik RM1 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun lepas. 

GST
GST
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui kerjasama semua pihak walaupun berdepan dengan cabaran kelembapan ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali. 

"Melihat suasana persekitaran ekonomi pada hari ini, kita menjangka sedikit peningkatan (GST) iaitu RM42 bilion berbanding pada 2016. 

"Ini juga satu bebanan kepada Jabatan Kastam untuk memastikan sasaran itu dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Kastam Sepanggar di sini hari ini. 

Projek perumahan yang bernilai RM54 juta itu melibatkan pembinaan tiga blok bangunan dengan 120 unit rumah dan berjaya disiapkan mengikut jadual dengan penjimatan kos sebanyak RM6 juta. 

Othman berkata, walaupun masih terdapat syarikat yang gagal mematuhi arahan pembayaran GST, bilangannya kecil iaitu sekitar lima peratus dan tindakan susulan telah diambil termasuk mengenakan kompaun. 

Mengenai Kedai Bebas Cukai (KBC) bagi penjualan rokok dan minuman keras di tiga buah pulau bebas cukai, Langkawi, Wilayah Persekutuan Labuan dan Tioman, katanya pelaksanaannya memberi impak yang positif dan menggalakkan dalam usaha kerajaan meminimumkan ketirisan pendapatan cukai barangan itu. 

Beliau berkata, pada masa ini, jumlah KBC di Langkawi ialah 56 buah, manakala Labuan (21) dan Tioman (tiga). 

Katanya, pelaksanaan KBC tidak menjejaskan industri pelancongan di pulau tersebut dan bilangan yang diwujudkan di setiap pulau itu mencukupi untuk memenuhi permintaan pengunjung. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata KBC diperkenalkan hanya untuk penjualan rokok dan minuman keras sahaja dan ketirisan yang dikesan sebelum ini dianggarkan sebanyak RM1.73 bilion setahun. 

Katanya, permohonan untuk mendapatkan lesen KBC untuk penjualan rokok dan minuman keras di pulau berkenaan masih terbuka kepada peniaga yang berminat. - Bernama

Share this :

Previous
Next Post »