t>

Breaking News

Kerana AU$3125 (RM11,000), Menteri Kesihatan Australia Letak Jawatan - Najib Pula Masih Tebal Muka.

Oleh : Dr Radzi Jidin





Kerana AU$3125 (RM11,000), Menteri Kesihatan Australia Letak Jawatan.


1. Tiga hari lalu, timbul laporan di media bahawa Menteri Kesihatan Australia, Sussan Ley, menyalahgunakan kedudukannya dengan membelanjakan AU$3125 (RM11,000) untuk menghadari sesi lelongan sebuah apartmen. Beliau Berjaya membeli apartment tersebut pada harga AU$795000. 

2. Beliau membuat tuntutan perjalanan sebanyak AU$3125 untuk menghadiri lelongan tersebut di Gold Coast. Beliau ke sesi lelongan tersebut di Gold Coast selepas menghadiri program rasmi di Brisbane. Jarak antara Gold Coast dengan Brisbane hanya 100km. 

3. Semalam, beliau membuat keputusan untuk membayar balik AU3125 tersebut. 

4. Hari ini, iaitu selepas tiga hari isu ini timbul, beliau hari ini mengambil keputusan meletakkan jawatan sementara menunggu siasatan dibuat. 

5. Walaupun beliau telah cuba memberi justifikasi, Perdana Menteri Malcolm Turnbull menekankan bahawa Sussan telah gagal mencapai piawaian yang tinggi yang diharapkan dari ahli kabinet Australia. 

6. Lihatlah bagaimana mereka mempertahankan integriti institusi kabinet. Beliau hanya seorang menteri, bukan Perdana Menteri. Tuntutan perjalanan tersebut hanya RM11 ribu, bukan RM11 juta, atau RM111 juta atau RM11 billion. 

7. Sebagai seorang yang tidak terlibat dengan skandal yang serupa, Perdana Menteri Malcolm Turnbull boleh bertindak tegas terhadap menteri kabinet beliau tanpa menimbulkan rasa janggal dikalangan ahli parti, penjawat awam dan rakyatnya. 

8. Media yang mula membangkitkan isu ini tidak pula dituduh sebagai mempunyai agenda atau menyokong pembangkang. 

9. Apapun, ku lihat Islam dinegara bukan Islam!