t>

Breaking News

Nah, Ini Bukti TGHH Pro Syiah - Ustaz Rozaimi Ramle (Video Inside)

[Jawapan Kepada Tuduhan Fitnah] 


Salah satu komen saya di page ini mula dikecam kononnya saya memfitnah TGHH. 

Saya akan buktikan bahawa semua dakwaan saya itu berasas. Berikut penjelasan saya: 

Video 1 (berdurasi 4.05 minit) 

0.20: TGHH menganggap revolusi Iran sebagai revolusi Islam. (Betulkah mewakili Islam? )Iran mengajak arab lawan Israel. 

0.30: TGHH kata arab tidak besedia. 

1.44: TGHH kata Iran maju dari sudut teknologi. 

2.44: Sepatutnya arab bersatu dengan Iran. 

3.13: TGHH membodohkan arab (termasuk arab saudi). TGHH huraikan pula syiah di arab saudi. 

Video 2 (berdurasi 9.44 minit) 

2.30: TGGH huraikan tentang mazhab-mazhab dalam ensiklopedia yang dipakai di al-Azhar termasuk mazhab syiah. Terus beliau kata tidak boleh menyesatkan. (Bermakna syiah mazhab muktabar lah) tidak boleh hukum syiah atas perbuatan sesat sebahagian penganutnya sama macam ASWJ ada ayah pin. (Hairan saya sejak bila ayah pin diiktiraf sebagai ASWJ?) 

3.37: TGHH tegaskan tentang ijtihad. Jika betul dapat 2 pahala, salah dapat 1 pahala. (Kesesatan syiah berpahala kah? Ajaib) 

5.00: TGHH kata terdapat perubahan dalam syiah. Ulama Iran kecam orang di Qom yang kafirkan sahabat. 

Sebenarnya poin minit ke 5 ini penting. Kenyataan saya yang dikatakan fitnah itu berkaitan dengan minit ini. Saya dikatakan buat fitnah apabila saya kata TGHH menganggap syiah sekarang sudah tidak kafirkan sahabat. 

Syiah yang kafirkan sahabat syiah zaman Shah Iran. Kata sebahagian penyokong PAS, TGHH tidak berkata begitu sebaliknya kata ada perubahan dalam syiah dan ulama mereka dah mula kecam orang yang kafirkan sahabat. Ada beza!! (Kata mereka dengan yakin) 

Saya katakan: Tidak ada beza antara kenyataan saya dan apa yang disebutkan oleh TGHH kerana ia membawa maksud yang sama iaitu ulama syiah sekarang (Iran) dah kecam orang yang kafirkan sahabat (walaupun TGHH TIDAK SEDAR sebenarnya itu taqiyah sahaja). 

Jika mahu ditunjukkan bukti itu maksud TGHH rujuk majalah al-Ummah yang ditulis setelah TGHH balik dari Iran (ms17). Jelas beliau menyebut syiah yang kafirkan sahabat ialah syiah zaman Pahlavi (Shah Iran). 

So semakin jelas memang TGHH Pro Iran/Syiah dalam isu ini. Penyokong beliau jangan buat-buat terkejut pula. 

Banyakkan membaca dan mendengar kenyataan pimpinan anda. Jangan taksub buta. Satu lagi, saya tidak kata TGHH syiah tetapi beliau pro sahaja. Sebab itu saya kritik. Wallahua'lam. 

Dr Rozaimi Ramle