t>

Breaking News

SPRM Tak Pernah Hubungi Saya Kata Datuk Bahri - SPRM Kantoi Kaw-Kaw Lagi.

Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh media rasmi SPRM itu lapor Sinar Online sebentar tadi.


Memetik laporan tersebut, Datuk Bahri menyatakan di akhir tugasnya di BOK, pihak SPRM juga tidak pernah bercakap dengan beliau. "Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. 

Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya.

Bahri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media SPRM yang mendakwa pihaknya telah menghubungi beliau, dan menyatakan Bahri menafikan bahawa beliau bersara kerana kecewa terhadap kes siasatan SRC International (SRC).

Sebelum ini pelbagai portal berita online melaporkan Bahri memilih bersara awal daripada jawatan di BOK berkuatkuasa 30 Disember 2016 kerana berasa bersalah kepada rakyat Malaysia dimana kes SRC tidak boleh didakwa di mahkamah.

Bahri turut dilaporkan berkata, persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik. 

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia. 

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya lagi - Sozcyili