t>

Breaking News

Kemalangan Ngeri, 8 remaja Berbasikal Maut Dirempuh Kereta (Video & Gambar Inside).

Infografik kemalangan ngeri babitkan remaja berbasikal - NSTP

Lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dua remaja masih kritikal manakala enam lagi cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah. 

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi melibatkan lebih kurang 30-40 remaja berbasikal, berusia di antara 13 hingga 17 tahun, dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita. (KiniTV)


Gambar-gambar kejadian.








Sulaiman berkata ketika kejadian itu, kereta yang dipandu oleh seorang wanita berumur 22 tahun itu tidak dapat mengelak lebih 20 hingga 30 kumpulan remaja berbasikal yang dipercayai memenuhi jalan.

Baca : Sultan Johor Lawat Keluarga Mangsa
“Apabila tiba di tempat kejadian, sekumpulan remaja 20 hingga 30 orang berada di situ menutupi jalan dan (pemandu) tidak sempat mengawal kenderaan.
“Jalan tersebut berbukit. Lapan orang remaja terbunuh di tempat kejadian dan dua masih kritikal di zon merah, dan enam lagi cedera setakat ini,” katanya (Awani)
Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 pagi Sabtu semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari Pelangi ke Skudai.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di bilik mayat HSA di Johor Bahru, Johor.

Baca : Senarai Lengkap 8 Remaja Yang Maut
Jelas Sulaiman, pihak polis mendapati basikal yang digunakan oleh kesemua mangsa telah diubah suai dan tidak mengikuti spesifikasi yang dibenarkan.
Tegasnya biarpun punca kejadian masih belum dikenal pasti, beliau meminta agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing.
Sulaiman berkata, wanita tersebut kini disiasat dan siasatan awal mendapati wanita itu tidak mabuk semasa kejadian berlaku. (Harian Metro)
Video-video kejadian.
Video satu

Video dua

Klik sini dan sini jika gagal load video.

Sumber gambar : Sosial Media
Sumber video : WhatsApp group