t>

Breaking News

Sayalah Naruto Sebenar, Dah Lapan Tahun Pun - Kali Ini Bukan Gurauan.

Sebelum ini tular kisah seorang penyampai radio, Shah Rizal Sulaiman dari KOOL FM yang menerima kritikan netizen kerana mendedahkan nama anaknya yang baharu lahir sebagai ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’ seperti yang tertera pada sijil kelahiran yang beliau sebarkan di media sosial. 

Sekadar bergurau


Pun begitu, penyampai radio berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf selepas menyedari postnya itu mengundang kritikan yang tidak sepatutnya ke atas dirinya. 

Menurut Shah Rizal, sijil kelahiran itu sebenarnya telah disunting sebelum dimuat naik ke laman sosial. Ia bertujuan untuk bergurau dengan adik-beradik dan ahli keluarganya namun tidak sangka postnya itu viral sehingga menyebabkan beliau dikecam.

Namun, jika anda sangka cerita itu tamat disitu, anda sebenarnya silap.

Ini kerana Naruto sebenarnya memang wujud di Malaysia. Dan Naruto itu telah pun berusia lapan tahun. 😀😀😀😀😀😀

Mencari Naruto? Sayalah Naruto itu..





Pagi tadi netizen diperanjatkan dengan berita kelahiran Naruto di Bentong Pahang. Petang tadi aku dapat tau berita tu tak betul.
Sungguh klepet! Untuk membetulkan fakta sebenarnya memang dah lama wujud Naruto di Pekan Meru Klang. Dah 8 tahun pun… hef hef hef,” tulisnya Suhairi Shamsudin di laman Facebook.

Menurut Suhairi, anaknya itu lahir pada 19 Januri 2009 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah dan nama ‘Naruto’ diberikan kepada anaknya disebabkan terlalu meminati watak popular negara matahari terbit itu. 

Hah, kali ini real punya Naruto, bukan gurauan lagi. Harapnya tiada yang mengecam si bapa kerana memberikan nama anaknya Naruto. Lagipun, Naruto watak yang baik bukannya watak yang jahat, kan? - Sozcyili