t>

Breaking News

Selepas Nasi Lemak Pondan, Muncul Pula Nasi Lemak Gay Yang Dikecam Netizens.

Sebelum ini tular tentang kisah peniaga nasi lemak anak dara dan nasi lemak pondan kali ini kisah peniaga nasi lemak yang mengakui dirinya seorang gay pula menjadi bualan masyarakat netizens.

Menurut sumber online, peniaga nasi lemak gay mengambil ispirasi dari sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh peniaga nasi lemak pondan untuk membuka perniagaan nasi lemak gaynya itu.

Perniagaan itu yang dijalankan di kawasan Cheras, berhadapan dengan Petronas Taman Segar dan diusahakan oleh peniaga yang dikenali dengan nama Adi Yusuf.





Bagaimanapun tidak seperti perniagaan yang lain, nasi lemak gay ini mendapat cemuhan di media sosial.

Jangan sampai Allah turunkan bala



Lepas neh nasi lemak pelacur pula agaknya



Fikir sama tentang kemurkaan Allah pada yang sengaja menukar jantina dan kecenderungan seksual..



Dengan bertemakan poster warna pelangi yang menjadi lambang rasmi kepada perjuangan kumpulan LGBT di seluruh dunia, Adi Yusuf tampil berani mempromosikan perniagaannya sebagai nasi lemak gay. Adakah perniagaannya akan menjadi semakin laris atau merudum atau beliau akan diserang oleh pihak-pihak tertentu kerana mengakui secara terbuka seorang gay? Sama-sama kita saksikan kesudahan drama peniaga nasi lemak ini. - Sozcyili