t>

Breaking News

Muntah Pemabuk Memangla Kena Caj RM15 - Penjelasan Restoran Nasi Kandar Pelita.

Tular di media sosial sejak semalam kononnya Restoran Nasi Kandar Pelita bersikap kejam kerana mengecaj pelanggan sebanyak rm15 disebabkan pelanggan muntah di premis restoran berkenaan.



Dalam resit yang tersebar itu, tertera caj "Muntah Cleaning", yang memerlukan pelanggan tersebut membayar wang upah sebanyak rm15.00. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh pelanggan itu ialah sebanyak rm72.80 termasuk caj "Muntah Cleaning". Resit itu dipercayai disebarkan oleh pelanggan yang dikenakan caj tersebut.

Kejadian berlaku di Restoran Pelita cawangan Ampang pada 2 April lepas jam 5 pagi seperti yang tertera dalam resit yang tersebar sebelum ini.

Susulan dari penyebaran resit yang mendatangkan salahfaham terhadap restoran terbabit, pihak pengurusan restoran berkenaan tampil membuat laporan polis bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai.


Laporan itu menyebut, upah pembersihan yang dicaj itu adalah disebabkan dua orang cina yang sangat mabuk telah muntah dengan begitu teruk di atas pinggan, cawan dan meja restoran berkenaan pada jam 4 pagi.

Disebabkan melihat pelanggan melayu seperti memandang dengan rasa tidak puas hati, pemilik restoran terpaksa membuang semua pinggan, cawan yang dihidangkan pada 6 orang cina yang mabuk itu.

Menurut pemilik lagi, pihak mereka tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran jika kanak-kanak mengotorkan atau muntah di premis mereka. 

Padan pun kena caj, mabuk rupanya.

Rata-rata netizens turut bersetuju dengan tindakan pemilik rangkaian perniagaan restoran Nasi Kandar Pelita yang mengecaj upah pembersihan terhadap kumpulan pemabuk itu. 


Rakaman CCTV tentang kejadian muntah itu juga boleh didapati menerusi page PenangKini. Dalam rakaman itu, jelas kelihatan seorang lelaki berbaju putih telah muntah beberapa kali di atas meja sehingga memaksa wanita disebelahnya bangun dan membersihkan diri.