t>

Breaking News

Tuduh Saya Murtad, Mana 4 Saksi Kamu Mufti Perak Soal Siti Kassim.

Semalam, Bernama melaporkan Harussani sebagai berkata Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh perkara “tauhid” kerana itu bukan bidangnya. 

Siti Kassim VS Mufti Perak
“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad,” katanya pada sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Harussani juga menasihati Siti Kasim dengan berkata “orang yang murtad terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam”.
“Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah,” kata Harusssani, tambah laporan itu lagi.
Menjawab tuduhan dari Mufti Perak itu, Siti Kasim kemudiannya mempersoalkan Harussani, di mana “4 saksi” ketika meletakkan tuduhan ke atas beliau dan berkata : “Syariah tidak menerima video sebagai bukti”, merujuk kepada apa yang dilaporkan pernah dikatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim berkata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria melakukan perkara sama seperti memfitnahnya dan oleh itu boleh dihukum 80 sebatan, menurut Al-Quran.
Menjawab kepada komen dibuat mufti itu pada sidang media di Ipoh semalam, Siti Kasim berkata Harussani tidak sepatutnya bercakap sebelum memastikan faktanya tepat.
“Saya tidak murtad. Dia perlu dengar temu bual asal saya. Jangan terkeliru dengan versi potong dan tampal yang berunsur fitnah oleh menara.my, laman web fundamentalis yang hanya menyerang sesiapa saja yang Islamofasis anggap sebagai liberal.
“Itu fitnah besar untuk menuduh wanita secara salah, boleh dihukum 80 kali sebat menurut Al-Quran,” katanya seperti laporan Free Malaysia Today hari ini.
Siti Kasim turut mempersoalkan jika Harussani menyamakan dirinya dengan Tuhan.
“Adakah dia Tuhan? Memahami kepercayaan anda itu perlu. Allah perintah ummah untuk menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya ialah dengar nasihatnya sendiri.
“Jangan cakap perkara yang kita tidak tahu kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri,” katanya lagi.