t>

Breaking News

Kisah Bomba Selamatkan Kucing Dan 6 Pemotong Rumput Yang Terperangkap Banjir Dapat Pujian Netizens.

ENAM pemotong rumput warga Indonesia diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam terowong laluan air di KM 10 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), pada semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, Izman Adnan, berkata mereka dipercayai memotong rumput di kawasan tepi lebuh raya itu sebelum hujan lebat, pada 3.40 petang.
Gambar - Mat Dawi
"Mereka kemudian pergi ke terowong itu untuk berteduh. Namun, tidak sempat keluar memandangkan air naik mendadak.
"Ketika bomba tiba di tempat kejadian, mereka didpati sedang berada di tepi tebing terowong itu. Mereka terperangkap sekurang-kurangnya sejam,” katanya, memetik laporan Bernama.
Beliau berkata, lapan anggota bomba melakukan tugas mengeluarkan semua mangsa dan mereka dalam keadaan selamat.
Katanya, selain mangsa, bomba turut mengeluarkan kucing yang kebetulan terperangkap sama di terowong berkenaan, lapor Agensi berita itu lagi.
Dalam pada itu, aksi pihak bomba yang menyelamatkan kucing dan 6 pemotong rumput itu turut mendapat perhatian di laman sosial. Ini gara-gara aksi pihak bomba sedang menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap itu  turut diperhatikan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.
Kisah yang dimuatnaik oleh Mat Dawi mendapat perkongsian lebih dari seribu pengguna facebook di laman sosial.
"Hala Bangi lalu SKVE tengok ada bomba buat keje. Ingatkan ada kemalangan ke motor jatuh gaung ke sekali.. dia orang cakap pekerja SIERRA yang kat SKVE tu, pada mulanya dia orang kerja potong rumput, bersihkan longkang. 

Petang semalam hujan lebat selebat-lebatnya. Jadi dia orang berteduhlah kat bawah tu. Sekali kepala air datang terus tak boleh naik," katanya di status tersebut. 

Gambar - Mat Dawi
"Mereka selamat setelah pihak bomba datang. Yang buat saya tersentuh hati masa saya tengok yang sorang tu dia selamatkan kucing gak. Memang orang tengok kerja mereka kotor, tak macam kerja orang lain. Tapi dalam hati mereka bersih dan ada perasaan penyayang," katanya mengakhiri status tersebut.