Aksi Pemandu Kutuk Pelancong China Tular, Pemandu Disingkir GrabCar Serta Merta. (Video Inside)

Semalam tular di laman sosial tentang satu video yang memaparkan seorang pemandu GrabCar yang mengutuk pelanggannya ketika membawa mereka ke satu destinasi.

Pelanggan GrabCar itu terdiri dari pelancong-pelancong dari China dan menggunakan perkhidmatan GrabCar untuk travel.

Video yang dirakamkan oleh pemandu itu sendiri tular di laman sosial selepas aksinya mendapat kritikan netizens yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan pemandu tersebut.


"Okay hari neh ada bawa customer dari China, ya China. China where, Shangai?"

"Dia daripada ketumbit, bulu neh lahanat, aku cari dia, dia boleh duduk dalam jem (traffic), say hi hi, haiii.. si bengang neh dorang berdua pakai baju belang macam zebra, aku rasa macam nak tepuk je kepala dia".

"Kita ada customer China yang bodoh-bodoh alang macam neh..aku pening nanti".

"Happy grab, five years, five years, celebrate" katanya dalam rakaman yang tular itu.


 

Bagaimanapun apa yang disangkakannya lawak itu sebenarnya tidaklah terlihat lawak di kaca mata netizens.





Hampir kesemua netizens melemparkan kata-kata kecaman dan mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemandu tersebut.

Teksi, Uber dan GrabCar seringkali digambarkan antara wajah pertama Malaysia. Apabila pelancong bertemu dengan pemandu mesra, amanah dan ramah pada kali pertama ketika berkunjung ke satu-satu negara, mereka akan membina perasaan positif di dalam hati mereka ketika melancong. Dan jika sebaliknya pula yang berlaku, maka negatiflah pemikiran pelancong tersebut.

Tindakan memalukan dan mengutuk pelanggan di dalam video dan menyebarkan ia bukannya perkara baru di Malaysia bagi perkhidmatan teksi alternatif sejak mereka mula menjalankan operasi.

Sebelum ini netizens meluahkan perasaan ketidakpuasan hati apabila Uber menyebarkan gambar pelanggan-pelanggan yang tidur dengan aksi yang memalukan dan Uber juga terkait dengan beberapa insiden cabul dan rogol sehingga salah seorang pelanggan mereka keguguran.

Adalah amat diharapkan agar kelakuan pemandu teksi alternatif diperbaiki kerana menghormati pelanggan adalah sebahagian dari moral kerja yang perlu dijaga.

Dalam pada itu, respon segera operator GrabCar memaklumkan pemandu tersebut telah dikeluarkan dari sistem perkhidmatan mereka serta-merta selepas video tentangnya tular di laman sosial. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »