t>

Breaking News

Anjur Buka Puasa, Komuniti LGBT Dikecam.


Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun baru-baru ini. 

Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat Loyar Burok, Bangsar, lapor portal menara.com.my.

Program memperlihatkan kehadiran ramai aktivis serta penyokong LGBT tempatan. Antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis ini adalah mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.
Program ini juga menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk “Halal/Haram” oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland. 


Tujuan program ini adalah untuk mengingati pengamal LGBT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu. 

Demikian itu tajuk forum adalah “Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity”, atau Bahasa Melayunya, ‘Memperingati Orlando: Keberanian Berdepan Dugaan’.

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizens muslims menyuarakan perasaan marah berikutan penganjuran program berbuka puasa itu. 

Malahan ada yang berpendapat kebebasan yang diraih oleh golongan LGBT akan mendatangkan impak negatif ke atas masyarakat kerana ia mempengaruhi dan mendorong golongan LGBT untuk menjadi lebih berani dalam memperjuangkan hak-hak kesamarataan gender yang ingin dicapai. - Sozcyili.