t>

Breaking News

Gambar-Gambar Makanan Basi, Sampah Sarap Memenuhi Ruang Dataran Masjid Negara Dek Nak Bantu Gelandangan..

Sebelum ini Syed Azmi ada menulis (baca sini) bahawanya terlalu banyak kumpulan di ibu kota yang menghantar bantuan makanan percuma sehingga terjadinya lambakan makanan di kawasan-kawasan tertentu. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan kawasan malahan membantu melemakkan lagi perangai sesetengah gelandangan di ibu kota.

Rupa-rupanya apa yang diluahkan oleh Syed Azmi itu ada asasnya kerana semalam seorang lagi tampil berkongsikan cerita yang lebih kurang serupa.

Ahmad Husni, salah seorang yang aktif membantu homeless telah berkongsikan beberapa gambar pemandangan di sekitar masjid negara selepas bantuan agihan makanan diberikan kepada gelandangan.












"Berlumba-lumba orang berbuat kebajikan tanpa memikirkan keberkesanannya, lihatlah pembaziran dan kekotoran yang berlaku," katanya dalam post tersebut.

Gambar-gambar di atas diambil pada pagi sabtu (17 Jun 2017) dan bukan sahaja sampah sarap malahan banyak makanan yang belum disentuh turut terbuang begitu sahaja. Sangat membazir dan sangat memalukan untuk melihat sekitar Masjid Negara dipenuhi dengan sampah sarap makanan yang terbuang.

Sudah sampai masanya untuk kumpulan tertentu berhenti menyalurkan bantuan makanan bagi mengelakkan pembaziran dan sebaiknya mula mengkaji keperluan lain yang lebih penting difikirkan untuk gelandangan keluar dari hidup homeless di ibu kota.

Post itu turut mendapat perhatian netizens dengan 1,400 lebih kali perkongsian dilakukan di laman sosial setakat artikel ini ditulis.

Netizens turut menyatakan pandangan bahawanya sesetengah kumpulan perlu berhenti menyalurkan bantuan makanan kerana sudah terlalu banyak kumpulan yang menyumbang perkara tersebut sehingga terjadinya pembaziran.

"Banyak sangat, tak termakan kena kaji semula apa yang mereka perlukan," kata Fatimah Zahra di post berkenaan.

Rabiah pula mengkritik sikap gelandangan yang tidak menjaga kebersihan. "Inilah perangai geng gelandangan. Tidak tahu jaga kebersihan. Dari sikap sebeginilah mereka menjadi gelandangan", katanya.

Fahira berkata mungkin terdapat sesetengah kumpulan yang hanya meletakkan terus di tempat dan membiarkan makanan tersebut diambil sendiri oleh gelandangan.

"Gelandangan ni bukannya ramai. Ini lah jadinya kalau tak kawal orang yang bagi makanan. Pernah tengok orang myanmar mabuk tidur tepi jalan pun dibaginya makanan banyak-banyak. 

Yang dapat makanan kering banyak2 (roti, biskut, air kotak) tu dia orang akan jual balik kat pasar karat belakang Petaling Street tu setiap pagi untuk dapatkan duit. Ramai orang malaysia yang prihatin kat gelandangan, tapi kena cari cara untuk kawal supaya suasana seperti ini dapat dikurangkan/dielak", kata Schahrel Fnd pula.

Terdapat juga cadangan agar kumpulan-kumpulan prihatin ini menaja makanan berbuka atau bersahur pelajar-pelajar IPT yang memerlukan. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu meringankan beban pelajar miskin dan terjejas dengan kenaikan kos sara hidup. - Sozcyili

Gambar : Ahmad Husni