t>

Breaking News

Iftar LGBT - Ini Penjelasan Dari Pihak Penganjur.

Oleh : Numan Afifi
Ke hadapan teman-teman,
Kebelakangan ini telah tersebar rencana oleh portal picisan yang melaporkan sebuah Majlis Buka Puasa yang digelar 'Big Gay Iftar'. Saya telah menerima banyak pertanyaan mengenai acara tersebut dari keluarga, rakan sekerja, kawan-kawan dan masyarakat awam.
Program tersebut dianjurkan oleh PELANGI Campaign, sebuah kumpulan advokasi yang saya dan rakan-rakan tubuhkan tahun lepas. Idea asal acara tersebut adalah untuk menyatukan masyarakat kita daripada pelbagai latar belakang dengan melakukan satu perkara yang sangat murni; berbuka puasa bersama. Hasratnya ialah untuk balik kepada asas dan berdialog antara satu sama lain, berkenalan dengan pegangan, budaya dan identiti masing-masing supaya kasih sayang dapat disebarkan.
Acara ini juga bertujuan untuk memperingati 49 anggota komuniti LGBTQ yang terkorban dek tragedi keganasan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016. Hanya melalui acara murni sebeginilah kita dapat buktikan kepada golongan ekstremis dan pengganas bahawa mereka tidak akan dapat memecahkan persaudaraan dan kemanusiaan kita semua. Sesungguhnya, kemanusiaan dan kasih sayang akan pasti menang!
Lebih seratus anggota masyarakat sekitar hadir ke majlis ini, menikmati pelbagai juadah Malaysia yang unik disamping kurma yang diimport daripada Timur Tengah. Kepelbagaian makanan yang Malaysia nikmati adalah cerminan kepada kepelbagaian kita semua sebagai manusia. Walaupun rasa yang berbeza, tetapi semuanya tetap diraikan oleh kita semua.
Bagi pihak rakan-rakan penggerak Campaign for Equality and Human Rights Initiative, kami mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan dokongan kalian.