t>

Breaking News

Lebih Baik Tidur Homestay Daripada Tengok Aurat Saudara Masa Balik Kampung Beraya..

CERITA BALIK BERAYA, BANYAK MANA MENGGENDONG DOSA
Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang bersolat jemaah subuh bersama saya,"Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya, Mak Lang". Dia membalas, "Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dah tempah homestay. Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay, tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang. Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar lamai, sepupu,biras."
Cerita balik raya dikampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang. Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik, akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu,biras dan sebagainya semasa tidur, keluar bilik mandi, masa menyusu badan. Kalau dah tidur,tetaplah terbuka aurat.
Paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram diselilingnya,rimas,panas. Ditambah pula beratur dibilik mandi. Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak, tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar.
Namun suami yang perihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambil-kira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.
Suami yang perihatin sepatutnya mengambil-kira untuk tetap menyembunyi aurat isteri, meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam.
Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu dimana masalah aurat tidak diberi penekanan, hal ini diremehkan. Tetapi pada kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan diambil-mudah bila beraya bersama ipar lamai,sepupu,biras kerana hukum aurat tidak berubah dalam situasi apa pun. 
Nak jaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dalam masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki wanita yang bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.
Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dengan menyewa homestay atau hotel, walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. Bukan sahaja bila balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara. Jangan ambil mudah soal aurat, kasihanilah isteri anda dan anak dara anda, kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya. 
Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasing diri ke gua hingga nabi menemuinya, adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim(hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan). Jangan balik beraya, menggendong dosa.
Jangan peduli sindiran orang yg menyebut,"balik kampung tapi tidur homestay, hotel", kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh menjejas kesihatan.
Kesimpulannya, apa juga yg kita buat,jangan kadar merancang untuk melaksanakannya, tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat menjadi kebajikan, apa yg dibuat ter-elak dari dosa. Bantulah isteri anda dalam memelihara auratnya, bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan yang mandatory, yang wajib dilaksanakan.
Wallahu a'lam