Lelaki Muslim Ini Makan Siang Di Bulan Ramadhan, Bila Staff The Chicken Rice Tegur Dia Jawab Kubur Masing-Masing..

Tular di media sosial penyebaran satu gambar yang merujuk kepada seorang lelaki muslim dipercayai kaum melayu yang makan secara terbuka di premis The Chicken Rice Shop, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.



Gambar yang dikongsikan oleh Penang Kini itu turut memaklumkan, lelaki itu sebenarnya telah memperdayakan staff restoran ketika membuat pesanan.

"Pasangan ni masuk la dalam restoran kami. Mula-mula masa ambik order lelaki tu cakap perempuan yang nak makan, last-last bila hantar makanan lelaki tuh yang pulun makan". 

"Bila krew tegur elok-elok orang Islam jangan makan di situ kalau nak makan, tunggu time buka puasa satgi. Dia tengking balik! Dia cakap lantak la nak makan mana, kami bayar duit , kubur masing-masing," katanya seperti yang dipetik dari post tersebut.

Dalam pada itu, facebook berkenaan turut meluahkan kekesalan berikutan keengganan pelanggan lelaki itu menerima teguran.

"Tak hormat langsung bulan puasa. Org dok ushar ja dia makan. Takda perasaan malu betul laaaa. Kalau jabatan agama Islam mai, restoran yang kena saman, RM5000 seorang. Sebab bagi orang Islam makan dalam premis secara terbuka. Apa pandangan ampa?", tulisnya dalam post itu.

Share this :

Previous
Next Post »