t>

Breaking News

Netizens Dedah Wajah 5 Suspek Kes Bunuh Pelatih Kadet, Keluarga Menangis Mendengar Pertuduhan.

Bukannya sekadar cedera tetapi mati sudah nyawanya. Itulah hakikat yang harus dihadapi oleh 5 suspek yang didakwa dan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam kanun berkenaan, jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati - hukuman tertinggi dalam akta tersebut.

Tutup muka


Susulan dari pendakwaan itu, media sosial hari ini menyebarkan 5 gambar suspek yang didakwa dalam kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 tahun - seorang penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pelatih Kadet Laut yang dibuli teruk sehingga menyebabkan kematiannya pada 1 Jun lepas.

Netizens tak bagi peluang





Reaksi di laman sosial



Dalam pada itu, Malaysian Gazette melaporkan keluarga kepada tertuduh menangis ketika pertuduhan dibacakan oleh pendakwaraya.

5 suspek dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu. Kesemua mereka didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu. - Sozcyili.