t>

Breaking News

Tak Payah La Nak Bagi Makan Kat Gelandangan Dah, Setiap Malam Makanan Bersepah Sampai Terbuang..

Oleh : Syed Azmi Alhabshi

Sumber - Tanwir.my
Saya nak bagi makan pada gelandangan ramadhan ni, Abg Syed. Macam mana ye?

Kalau saya ditanya, saya kata toksah. Sebab banyak sangat setiap malam ada kumpulan bagi makan, sampai berlebihan sampai basi, sampai terbuang. Banyak sangat group bagi, dari makanan tempah khas nak bagi gelandangan sehingga makanan lebih bukak puasa. Ada je makanan lebih. 
Bagi makan takyah tunggu Ramadhan je.

Tapi saya nak bagi jugak makanan. 


Boleh galakkan semangat charity sebab bantu terus golongan dhaif.

Mana awak tahu tu dhaif kalau datang sekali sebulan atau sekali setahun. Mana awak tahu. Kalau nak bagi makan, bagilah tempat yang orang belum bagi. Click link ini dan scroll bawah nak tengok mana tempat dan bila malam orang bagi. Sentiasa ada. 
Boleh collaborate sesama. Duit atau barang. Bincang dulu jangan main redah je nak bagi.

Tapi kalau nak jugak bagi sendiri, tolong bawak plastik sampah ye pasal nak kutip makanan terlebih buang. Sampah dan imej kotor yang DBKL marah siap nak halau homeless sebab kotorkan kawasan. 

Kita yang bagi punca sampah, kita patut bersihkan. Semua group tegar saya tahu bersihkan tempat makan yang mereka bagi kat kawasan mereka.

Kalau bagi makan sekali setahun. Buatlah max, 40 packs kalau tak plan mana nak bagi, atau bagi kat tempat yang saya cadangkan ni:

Balai Polis
Balai Bomba
Guard houses 
Stesen bas
Pemandu bas
Pekerja Petrol Pam
NGO yang ajar tuition malam
NGO yang ajar kelas ngaji
PPR or PPRT
Surau atau musolla yang small small.

Yang bebudak universiti ni pun kalau nak bagi makan, bagilah kat kampus masing-masing. Ramai jugak yang ikat perut situ. Yelah mungkin tak glamor dan tak de makna nak selfie. Media pun tak singgah.

Ok, saya tak bagi makan, tapi kesian diorang takde barang. Saya nak bagi barang.
 
Jawapan saya, bagilah dan jangan marah if diorang jual balik kat Pasar Karat sebab barang tu dah jadi hak mereka dan boleh dapat duit. Bun Gardenia 0.85sen diorang jual 3-5 singgit satu set sebab banyak orang bagi. Dah banyak sangat. Berus gigi hotel pun ada. 

Masalah bagi barang ni, kita kena kaji tanya itu ke yang diorang nak. 
Tu pasal saya lagi suka bagi kat Universiti Student. Lagi perlu. Tapi takpe terpulang.

Kenapa Homeless ambil kalau tak perlu? 

Sebab orang sentiasa nak bagi dan mentaliti yang buatkan mereka rasa mana tau besok tak dapat apa-apa. Yang saya sedih, sebabkan lambakan barang dan makanan, some homeless sanggup tidur picnic bagai di kaki lima sebab takut kalau tidur tempat lain tak dapat barang atau makan. 

Anak-anak terbiar di tempat yang kurang selamat. 

Kita yang buatkan mereka dan anak mereka kat situ sampai 1-2 pagi sebab takut miss barang orang nak bagi.

Bukan semua Homeless takde rumah. Kiraan cerapan jam 2-4pagi tahun ni menunjukkan seluruh KL warga yang tidur tepi jalan cuma 1000. Seluruh KL. Bukan satu tempat. Max satu tempat 100. Yang lain urban poor dan yang lalu lalang amik kesempatan. Takpelah kita sedekah.

Tu lagi satu. Niat kita bagi kenapa? Nak selfie? Nak nampak orang yang lagi susah dari kita untuk dapat keinsafan? 

Mungkin membantu. 

Tapi kita gunakan mereka untuk kepentingan kita, hmm lama-lama kita yang bentukkan budaya menunggu dan terima. Tu yang bila kita kata gelandangan malas, saya selalu tanya mungkin kita yang bentuk mereka begitu.

Untuk yang nak bagi setahun sekali, collaborate lah dengan group sedia ada. Turunlah padang buat homework kira betapa ramai dah bagi dan betapa banyaknya WASTAGE. Kesenangan sementara ni mungkin buatkan diorang tunggu je. 

Yang bagi time 2pagi pulak, tak logic kot orang nak tidur. Janganlah kacau. 

Yang buat penggambaran dan bagi makan macam orang kaya besar, sudah-sudahlah tu. Investlah in classes yang majukan diri mereka like kelas membaca atau buka meja bantuan atau sponsor Medical facility.

Saya nak bagi duit raya.  
 
Boleh, tapi kalau tak cukup pastu kena serbu jangan terperanjat ye. 
Kalau dah bagi jangan ungkit pulak.

Nak bagi duit baik guna nak settlekan yuran sekolah anak ke, top up credit handphone ke, sponsor penggunaan tandas berbayar ke. Lagi baik. Tapi x salah nak bagi.

Bukan saya tak bagi buat amal bagi makan atau barang, tapi realitinya dah nembazir. Kita pun nak mereka maju. Boleh bagi makanan lazat tapi tak nak membazir.

Terus terang lagi, banyak projek lain boleh buat. Be creative sikit.

Pic bawah is pasar karat. Semua barang orang bagi. Baik bagi diorang duit terus kalau nak bantu. Tapi ini usaha jugak. So maybe boleh tengok tang tu.
 
 
 
Again yang saya sedih, sebab harapkan barang free, sanggup satu famili berkampung tempat tak selamat takut miss barang. Untuk pengetahuan semua ada jugak Homeless sewa 2 bilik sebab satu bilik nak letak barang orang bagi, hoarders. Orang yg betul-betul susah tak amik banyak barang sebab takde tempat nak letak actually.

Teruskan beramal, tapi check niat dan implikasi please. 
Mintak maaf pada group yang saya endah tak endah layan bila nak bagi projek bagi makan ni. Dah cliché.

Banyak lagi nak tulis pasal mentaliti Homeless tapi dah ngantuk.