Tips Makan Ubat Darah Tinggi Ketika Bulan Ramadhan.

Oleh : Doktor Suhazeli 


Pesakit bawah seliaan saya ramai yang tidak terkawal tekanan darah mereka. Walau pun sebelum bulan puasa, tekanan stabil sahaja. Apabila disoal lanjut, mereka mengaku tidak makan ubat yang dibekalkan secara teratur. Mereka keliru bila saat untuk makan ubat, samada sebelum makan atau selepas makan. Di saat lapar, takkan nak berbuka puasa terus dengan segengam ubat darah tinggi. Sadis!

Nafsu makan pun ramai yang tak kawal. Mana tidak, masa beli juadah berbuka dibazar Ramadhan beli sekarung, melebihi kapasiti perut yang hanya boleh tampung penuh 800 gram sahaja. Biasa masa bukan bulan puasa, juadah makan kita sejenis atau dua jenis lauk pauk je. Tapi entah nafsu gajah, bila tiba bulan puasa, tak nampak bucu meja lauk pauk terhidang. Itu sebab solat teraweh malas. Nak selawat pun tak keluar suara, tersekat dengan cendol di halkum.

Sayugia di sini saya beri tips untuk penjagaan ubat-ubatan darah tinggi terutama di bulan yang penuh keberkatan ini.

Ingat formula asas ini untuk makan ubat darah tinggi: (rujuk code warna dalam gambar)
 

» Ubat warna KUNING, telan SEBELUM MAKAN nasi.
» Ubat warna OREN, telan SELEPAS MAKAN nasi.
» Ubat warna PUTIH, tak kisah nak telan SEBELUM atau SELEPAS.
» Bila arahan sebut telan ubat SEBELUM, bermakna, ubat tu sesuai dimakan sewaktu perut kosong. Jarak masa 30 minit - 1 jam sebelum makan nasi (atau setaranya).
» Manakala jika arahan suruh telan ubat selepas makan, bermakna ubat tu sesuai ditelan semasa perut berisi.
» PERUT kita akan kosong ghalibnya setelah dua jam kita makan nasi.

Pesakit biasanya keliru bila nak makan ubat kuning sewaktu berbuka dan ubat oren sewaktu bersahur. Itu sebab mereka selalu terlepas telan ubat.

Justeru itu, sewaktu bulan puasa, ubat yang diarahkan telan sebelum makan, hendaklah disiplinkan diri untuk telan ikut waktunya. Disaat berbuka puasa, ubat warna kuning ditelan sebaik sahaja selepas berbuka dengan buah tamar dan air kosong. Kemudian lebih baik kita solat maghrib dahulu. Beri peluang kepada ubat tadi hadam dan diserap sebaik mungkin. Luangkan masa 30 minit. Jika kita makan nasi terus, kemungkinan penyerapan ubat akan terganggu. Penyerapan maksimum ubat akan berkurang.

Manakala telan ubat berwarna oren sewaktu bersahur sebaiknya dilewatkan hampir azan subuh. Makan sahur paling tidak dijarakkan 30 minit sebelum azan. Beri peluang kepada nasi dihadamkan dahulu, kemudian ubat oren pula dihadamkan.

Semoga formula ringkas ini pun dibaca dan dihadamkan hingga faham. Jika keliru juga, sila mari klinik semula, doktor akan ajar satu persatu. Jangan segan silu demi penjagaan kesihatan kita.

Sekian

Share this :

Previous
Next Post »