t>

Breaking News

Kesiannya Kanak-Kanak Ini Mengutip Sisa-Sisa Makanan Dalam Sampah.. (Video Inside)

Oleh : Mohd Shafiq

Tengah makan tiba-tiba dengar suara dari belakang “bangg owhh bang” aku tanya lah yaa kenapa? Dorang jawab ada duit kah? Lapar … Jadi aku cakap arr kalau begitu mari lah duduk sini sekali makan sama-sama sambil tarik kerusi sebelah suruh duduk. 

Gambar - Mohd Shafiq
Umur dorang dua dalam 8/9 tahun kali sebab ditanya dorang tidak tahu berapa umur dorang. Aku tanya siapa nama dorang. Sorang namanya Melvin duduk sebelah aku yang sorang namanya Tutu. 

Ditanya nama betul macam tidak tahu, macam malu jadi aku abaikan sajalah. Aku panggil pekerja tu untuk ambil order dorang. Aku tanya mahu makan apa Melvin kata ayam. Jadi aku suruh pekerja tu order nasi ayam 2. Minuman?? Mahu milo ping. Suruh lagi order milo ping 2. 

Gambar - Mohd Shafiq
Tanya mana yang lain kamu sajakah tinggal? Melvin cakap ada abangnya di sana cari sampah. Mama meninggal sudah . Bapa di Kota Kinabalu tinggal kami masa kami tidur bila aku bangun tengok bapa aku tiada aku menangis. Aku tanya jadi macam mana lah kamu makan selalu ? 

Kami selalu cari makanan di sampah lah. Kami makan keropok-keropok, makan KFC bekas-bekas orang makan lah selalu. Aku cakap nanti kalau kamu pergi cari sampah kamu cari tin atau besi, kamu kumpul banyak-banyak lepas tu kamu jual nanti taklah kamu makan makanan yang ada smpah, boleh beli di kedai makanan yang bersih. 

Aku tanya lagi besar nanti mahu kerja apa? Mahu kerja bangunan sebab bapa kami ada ajar dulu aku pandai paitung simen, pandai mengecat, abang aku pun sama tapi dia pandai tukang kayu.. Terus Melvin tunjuk seliparnya sebelah lain. 

Dia cakap dulu aku tiada selipar ini pun aku jumpa di sampah, masa aku tiada selipar tiada orang mahu kawan aku tapi sekarang ada sudah lah walaupun selipar sebelah lain.. 

Mahu ketawa pun ada. Sedih pun ada.. Lepas tu dia buka baju bagi tengok tali pinggang ini pun dapat dari sampah juga lah ini (lambang polis tali pinggangnnya) yang khas di pakai masa kokum uniform budak sekolah.

Bila tengok Melvin makan gelojoh sangattt, suruh slow-slow pun masih juga nampak sangat kelaparannya tu. 

Siapa pun, macam mana pun rupa, apa bangsa sekalipun sekiranya kita boleh membantu orang lain kita bantulah sebaik yang mungkin. Dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain dan hari ini aku anggap ini rezeki dorang sebab Allah pilih aku untuk dorang datang minta tolong dan Alhamdulillah ada kelebihan dapat ajak sekali dan bercerita kisah hidup dorang . 

Hidup kita juga tidak sentiasanya senang mungkin hari ini kita rasa selesa dan rasa senang siapa tahu suatu hari nanti kita di beri ujian. Jadi hidup ini jangan sombong dan jangan kedekut sebab dalam ISLAM kita diajar untuk bersedekah dan banyak cara untuk kita bersedekah dan hari ini cara yang aku buat adalah sedekah ajak makan sekali. Aku kenyang dorang pun kenyang . 

Aku happy tengok dorang makan dorang tentu happy sebab dapat makan. Dan aku selalu ingat sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat pada orang lain jadi sekiranya ada kemampuan tidak salah untuk membantu orang lain. 

Dan ingat juga Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima. Tidak akan rugi jika kita bersedekah sebanyak mana kita bersedekah tidak akan habis rezeki kita malah ia akan ditambah oleh Allah.