t>

Breaking News

Saya Kahwin Umur 18, Umur 20 Dah Jadi Bapa Dan Ini Tips Saya Mencari Rezeki Untuk Keluarga.

Oleh : Al Mubarak

Kahwin Muda Dapat belajar Banyak Benda!

Saya sekarang sudah bergelar ayah diusia 20 tahun, ketika saya berumur 18 saya sudah berkahwin dengan isteri saya, saya hanya lulus SPM, nak bawak sijil untuk bekerja di syarikat syarikat susah, jadi saya nekad.

Saya nekad ubah hidup mencari potensi diri, sebelum tu saya pernah bekerja sebagai guard di sebuah syarikat, saya tinggal dengan isteri di stor Lama yang jamban ditutup simen, biasa orang baru kahwin. Kami kerja demi survive kehidupan.

Saya pernah dikutuk, "kawin muda susah nak ada masa depan" jadi waktu saya duduk dalam stor tu, saya rasa memang susah nak ada masa depan, time tu kerja guard, Tahun 2015, paling sedih saya tak dibayar gaji sampai sekarang, ðŸ˜‚ , .
 
Gambar - Mubarak
Kemudian saya cuba mencari perniagaan baru, saya mula cuba buat sewa roller blade, sewa 1 kasut Rm5. Ada 7 kasut, sehari tu seorang ja sewa. Ini part sedih, nak makan kami 2, jadi Rm5 tu la nak makan sehari, punya susah kawin muda ni.

Betul orang cakap kawin muda susah nak jaga isteri nak bagi makan apa, gaji tak tetap.

Aku pon terasa betul kata-kata tu.

Tahun 2016 aku mula cari potensi aku, sama ada aku boleh berniaga atau tak, aku masuk la 1 seminar ni dekat Kuala Lumpur.

Dalam seminar tu dia cakap tentang 13 S yang kena pegang untuk berjaya, aku mula tak yakin sebab aku tak nampak dengan mata aku sendiri zzzzz.

Lepas balik dari seminar aku cuba apply tengok apa betul ke 5s boleh bantu aku atau tak..

Alhamdulillah, aku cuba tapi aku gagal, tapi aku baca balik 'S S' tu.. kemudian bangun balik aku, ada jual macam-macam, nak survive, sambil-sambil tu aku pegang 'S' tu.

Part paling sedih isteri aku nak bersalin bulan 12 2016, dia tanya "Abang, ada duit tak nak bersalin ni," sebenarnya dalam dompet ada Rm50 je..

Aku baca S tu balik! Aku pegang lagi S tu!

Sedih weeyy! Aku mula belajar dari 'S', dan Alhamdulillah 'S' tu memang banyak bantu! Jadi boleh tengok sendiri apa yang BH tulis dalam artikel diorang.

Kat sini aku share S untuk pasangan Baru Kahwin yang berniaga macam aku;

1. S - Serah

2. S - Syukur

3. S - Selawat

4. S - Sedekah

5. S - Solat


Jadi kalau korang yang baru kahwin atau nak kahwin jangan takut pegang pada 5S ni sampai korang berjaya in sha Allah paling kurang dua tahun ja.

Jadi tolong share dan tag pada yang takut nk kahwin muda.