t>

Breaking News

Adakah Kami Mengacau Atau Mencederakan Orang, Soal Pengasas Kumpulan Atheis.

Mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu mengakui atheis hanya akan menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam moderate, itulah kenyataan pengasas Atheist Republic, Armin Navabi seperti yang dilaporkan oleh portal Malay Mail Online pada semalam.

Armin Navabi juga menyatakan beliau merasa pelik dengan sikap kerajaan yang dilaporkan bercadang untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu kerana mereka telah mengadakan pertemuan baru-baru ini.
 

Armin Navabi
Armin Navabi yang berkata kepada media, mereka yang datang mengadakan pertemuan baru-baru ini hanyalah sekadar bertukar-tukar fikiran.


"Kami mempunyai penasihat di setiap negara termasuklah di Filipina, namun kami tidak pernah diserang sekarut ini,".

“Tiada kerajaan yang menangkap anggota kami semata-mata kerana mereka bertukar-tukar fikiran,” katanya.


Respon penganut Islam
Beliau menyatakan kumpulan itu kini mempunyai cawangan di setiap negara di dunia tetapi tiada lagi negara yang cuba menghukum mereka.


Apa yang mereka buat pada orang lain? Apakah mereka mencederakan orang lain,” kata lelaki kelahiran Iran itu.

Beliau juga pelik dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mengecam perjumpaan mereka di Kuala Lumpur sehingga ada yang mengugut untuk pancung mereka.


Allie Jackson, Ketua Ekskutif kumpulan itu pula berkata mereka hanya bergambar, keluar berbincang dan tidak mencederakan sesiapa pun.

"Sekumpulan orang mengadakan perjumpaan, merasa gembira dan bergambar bersama, tidak menyakiti sesiapa pun hanya mahu melepak-lepak dan bersenang-senang.

Perkara seterusnya yang kita ketahui.. kerajaan terlibat. Mereka diberitahu bahawanya akan dipenggal atau perlu lari dari negara mereka sendiri," kata Allie kepada Malay Mail Online.

Putrajaya sebelum ini dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penganut Islam kelahiran Malaysia yang terlibat dengan pergerakan atheis di Malaysia, selepas siasatan menyeluruh dilakukan, kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. - Sozcyili.