Peniaga Pub Meluahkan Perasaan Di Facebook, Ketua Balai Klang Didakwa Minta Rasuah Banyak-Banyak.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius akan dakwaan salah laku seorang pegawai polis yang dikatakan meminta sejumlah wang bagi melindungi kegiatan haram.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan lanjut terhadap dakwaan itu sedang dijalankan.
Menurutnya, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota yang telah melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Kita memberi jaminan siasatan lanjut berhubung perkara ini akan dijalankan secara telus dan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Siasatan dua hala turut dilakukan terhadap kesahihan aduan ini dan sekiranya terbukti wujudnya unsur-unsur tohmahan atau apa-apa agenda yang berniat tidak baik untuk mencemarkan nama baik dan reputasi pegawai terlibat sekali gus mencalarkan imej PDRM, maka suatu laporan rasmi polis akan dibuat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Gambar - Facebook
Tambahnya,  siasatan rapi akan dijalankan terhadap penulis aduan ini atau sesiapa sahaja yang berniat jahat untuk mencemarkan nama baik serta reputasi pasukan PDRM.

Terdahulu, satu insiden viral yang telah tersebar melalui laman media sosial, semalam, mengenai aduan salah laku seorang pegawai polis, yang dikatakan telah meminta sejumlah wang bagi melindungi kegiatan haram.

Dalam laporan viral itu mendakwa pengadu tidak berpuas hati kepada seorang ketua balai di Klang  kerana enggan menerima wang sogokan dalam jumlah yang sedikit bagi melindungi pusat hiburan, rumah urut dan lain-lain.

Sumber : Sinar Harian

Share this :

Previous
Next Post »