t>

Breaking News

Sambil Menangis Dia Lap Meja Selepas Ditampar Majikan - Ini Penjelasan EejiBan Chicken Rice Ball Melaka.

"Dia menangis la babi sambil kemas meja! Depan meja aku pula tu. Tahu la dia Indonesian. Pastu macam slow sikit. Tak payah ambil advantage macam tu kmk,"!. Itulah luahan kata-kata kemarahan seorang pengguna Twitter pada 7 Ogos lepas.

Tweet oleh @timlspbo itu kemudiannya menjadi sensasi di laman sosial kerana ramainya pengguna Twitter telah meretweet luahan kemarahan beliau itu.


Kedai makan itu terletak di Melaka dan majikan tersebut berbangsa cina manakala pekerja yang dilempang itu pula adalah dari Indonesia, menurut kata @timlspbo.

Beliau turut berkongsikan gambar pekerja Indonesia yang dilempang itu termasuklah gambar majikan yang melempang pekerjanya itu di khayalak awam.



Punca kejadian dikatakan kerana baldi yang dibawa oleh pekerja itu telah tertumpah ke atas pelanggan yang sedang makan di kedai berkenaan.

Pelanggan dikatakan tidak membuat aduan atas kejadian tersebut bagaimanapun majikan menjadi berang lalu menampar pekerja di hadapan orang ramai pada ketika itu juga, tambah @timlspbo lagi. 

EejiBan nafi cerita viral

Bagaimanapun pihak majikan yang didakwa menampar telah tampil memberikan penjelasan di laman facebook rasmi yang mewakili perniagaan makan itu. 

Facebook - EejiBan Chicken Rice Ball, Melaka
Menurut pihak pentadbir halaman EejiBan, pekerja yang dimaksudkan bukanlah berwarganegara Indonesia sebaliknya adalah rakyat Malaysia yang berbangsa india bercampur cina. Pihak majikan sebenarnya telah membela pekerja tersebut semenjak 15 tahun yang lepas, ketika dia ditinggalkan di stesen bas lama di Melaka.

Majikan juga menafikan telah melempang pekerja tersebut sebaliknya hanya memusingkan tubuh pekerjanya agar pekerjanya itu 'stay alert', kemudiannya berlalu pergi untuk melayan tetamu yang lainnya.

Menangis? Itu hanyalah perkara yang diperbesar-besarkan, kerana budak lelaki itu langsung tak pernah menangis, kata pemilik perniagaan EejiBan di status itu.

Menurut pihak EejiBan, beliau amat menyayangi pekerja-pekerjanya kerana kejayaan perniagaannya adalah atas kerjasama dengan para pekerjanya selama ini dan berharap jangan ada mana-mana pihak luar yang memandai-mandai membuat cerita viral yang tak masul akal, katanya lagi. - Sozcyili.