t>

Breaking News

Selepas TMJ Belanja Bangsa Johor RM3,000, Ini Apa Yang Berlaku..

Pada petang 11 April lepas, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan pelbagai media telah membelanja pelanggan yang membeli belah di AEON Tebrau sebanyak RM3,000 per keluarga.

Perkara itu diumumkan TMJ ketika berkunjung ke pasaraya berkenaan menggunakan pembesar suara. 

Pembelian yang ditanggung TMJ itu khabarnya mencecah sehingga RM1 juta ringgit keseluruhannya.

TMJ Belanja rakyat 3,000 di AEON Tebrau


Bagaimanapun sehingga kini pihak TMJ tidak mengesahkan angka-angka yang dilaporkan oleh media dan jumlah sebenar perbelanjaan. Apa yang pasti BANGSA JOHOR sememangnya dibelanja oleh TMJ pada petang itu. 

Menurut TMJ lagi, beliau bukannya mahu berpolitik ataupun undi sebaliknya beliau ikhlas menyayangi rakyatnya.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. 

Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,” titah Tunku Ismail dalam satu kenyataan yang disiarkan di page rasmi JDT. 

AEON bersepah, manusia tamak!

Bagaimanapun tidak semuanya cerita indah-indah belaka. Di media sosial, netizens memperkatakan tentang sikap masyarakat yang tamak dan mementingkan diri apabila tersebarnya beberapa gambar selepas kejadian.

Misalnya inspireacade.my menulis :

"Asalnya min nak simpan je foto ni, tapi kalau simpan orang tak tahu pulak. Ginilah. Duk sibuk kata pemimpin tamak, kau tengoklah sikap orang kita ni. Tak kiralah bangsa apa yang ada semalam. Kau tengok. Baru bagi peluang 3k dalam beberapa jam, dah kaut sampai LICIN. 

Ko bayangkanlah gerombolan ni kalau jadi pemimpin. 5 tahun. Apa yang licin? Ko tak leh salahkan yang memberi, niat dia, Allah jela yang tau, itu urusan dia dengan Allah. Tapi ni, yang diberi peluaang di belanja ni. Apa kehalnya semua benda nak taruk. Semua keperluan ke? 

Ni baru Allah uji dengan seorang pemimpin, nu, nanti. Time tu kelaparan, kebuluran, datang yang mata sebelah tu. Kat mane ko agak-agak diri ko tu? Ni kesian pulak dekat store manager, keeper, stock manager. Barang rosak, kedai kena tutup harini, takde sales. Ape kehey? 

Nak claim kat sapa rosak rosak ni? Ice cream Baskin Robin ada satu troli tu sampai 4 kotak besar. Ko memang baka makan airkrim tak makan nasik ke ape? Siapa yang ambil dan troli terbiar ni, kalau dah agak-agak tak sempat, letak la balik kat rak. Ko ingat Allah tak soal ke perbuatan ko merosakkan barang yang belum dijual ni? 

Ko asyik cakap Allah soal pemimpin bla2, ko pimpin diri sendiri pun kelaut, hanya dengan ujian 3k dalam beberapa jam je ko hanyut! Belum lagi ko di uji jadi pemimpin yang ada billion ruang duit depan mata ko. Sebab tu lah, haih, malas cakap panjang. Ubahlah perangai masing-masing. ubahlah. Sebelum kau panjang nak bersoal jawap di liang lahad," katanya dalam satu kenyataan. Admin page itu turut berkongsikan beberapa gambar kerosakan kesan dari tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab.










Menurut laporan, pelanggan terpaksa meninggalkan troli masing-masing yang penuh dengan barangan kerana kaunter pembayaran ditutup tepat jam 10 malam.

Perkara itu memaksa AEON Tebrau menutup pasaraya mereka sehari selepas kejadian iaitu pada 12 April bagi tujuan pembersihan dan penambahan stok. Notis mengenainya turut dipaparkan oleh pihak pengurusan di pintu masuk.

Namun AEON Tebrau membuka semula pasaraya mereka pada jam 3 petang hari yang sama selepas kerja-kerja pembersihan dan penambahan stok selesai dijalankan pada hari yang sama.

AEON Kluang turut diserbu tetapi..

Selebriti media sosial, Rizal Hakimm pula melaporkan pada khamis, beberapa pelanggan telah menyusun dan mengisi troli masing-masing penuh dengan barangan dengan harapan agar TMJ turut dan membelanja disitu.








Kat ECONSAVE Pontian pun sama!


Menurut laporan ada pihak yang menyebarkan cerita bahawanya TMJ akan membelanja semua BANGSA JOHOR pada khamis 12 April 2018.


Perkara itu menyebabkan beberapa pasaraya diserbu antaranya Econsave Pontian apabila ada pihak yang mendakwa TMJ akan membawa 10,000 keluarga dan membelanja mereka rm200 setiap satu keluarga.

Sebaran pihak tertentu di laman sosial juga menyebabkan pasaraya Econsave Pontian menjadi tumpuan orang ramai. 

Pihak pengurusan Econsave telah memaklumkan kepada para pelanggan yang berhimpun bahawanya berita TMJ mahu datang ke pasaraya itu adalah berita palsu dan meminta pelanggan bersurai tetapi ramai tidak mahu mempercayainya.

Sebaliknya mereka terus berkumpul. Laporan polis juga dibuat. Pengumuman dilakukan beberapa kali tetapi para pelanggan enggan berganjak.






Dilaporkan beberapa barangan jualan Econsave rosak dan ia juga menyusahkan kakitangan yang terpaksa menyimpan semula barang-barang yang tidak jadi dibeli pelanggan berikutan ketiadaan TMJ di pasaraya itu.

Dianggarkan sekurang-kurangnya hampir 300 troli dibiarkan begitu sahaja oleh pelanggan di pasaraya berkenaan pada semalam.

Di media sosial pelbagai pihak tampil memberikan respon berhubung tindakan TMJ membelanja rakyat di AEON Tebrau.

Belanja rakyat miskin kata Jimbo


Misalnya Jimbo yang berpendapat TMJ seharusnya membelanja rakyat yang membeli belah di Econsave, Smart dan sewaktu dengannya kerana disitu tempat berkumpulnya rakyat biasa, miskin dan golongan serdahana yang membeli barangan keperluan masing-masing.

Meskipun memuji inisiatif TMJ itu, namun menurut Jimbo rakyat miskin tidak membeli di AEON. - SoZPress.